nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan bersedia buka lebih banyak destinasi pelancongan

20 SEPT: Kerajaan bersedia membuka lebih banyak lokasi pelancongan untuk dikunjungi rakyat dalam masa terdekat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata langkah berkenaan adalah antara usaha memulihkan industri pelancongan yang terkesan teruk disebabkan pandemik COVID-19.

Nancy berkata langkah berkenaan termasuk kebenaran mengunjungi pusat pelancongan popular seperti Pulau Redang, Pulau Pangkor, dan Pulau Tioman serta pusat peranginan tanah tinggi seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands.

“Hotel dan destinasi sama ada di pulau atau daratan, dibenarkan membuka destinasi pelancongan tetapi bukan untuk orang dari negeri luar.

NANCY

“Sebaliknya bagi pengunjung dalam negeri, namun dalam dua tiga hari ini mungkin kita membuka ‘interstate’ (luar negeri), supaya orang dari negeri lain boleh masuk.

“Kita sudah senaraikan destinasi ini bukan sahaja pulau tetapi juga kawasan seperti Genting Highlands, Cameron Highlands dan Fraser’s Hill serta destinasi yang boleh menarik minat orang supaya mereka boleh bergerak.

“Apabila mereka boleh bergerak, ekonomi boleh meningkat,” katanya menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) berkenaan penerimaan kehadiran pelancong antarabangsa, Nancy berkata, Pulau Langkawi dijadikan penanda aras sebelum kerajaan memutuskan membuka sempadan negara bagi menerima kehadiran pelancong antarabangsa.

“Memang kita ada perancangan (menerima pelancong antarabangsa) cuma kita mulakan dengan Pulau Langkawi sebab di situ ada populasi (kehadiran pelancong antarabangsa) yang besar dan fokus terhadap tempat itu sahaja.

“Pulau Langkawi juga mempunyai lapangan terbang antarabangsa.

“Jika Pulau Langkawi berjaya menjadi projek perintis, kita akan mulakan dengan ‘interstate travel’ sebab banyak negeri sudah capai fasa empat Pelan Pemulihan Negara,” katanya.

Terdahulu menjawab soalan asal Kok Wai seiring 11 lagi Ahli Parlimen, Nancy berkata, MOTAC melalui beberapa siri rundingan bersama penggiat industri pelancongan membangunkan Pelan Pemulihan Pelancongan (PPP) dalam mencari keseimbangan antara kepentingan ekonomi dan kesihatan awam.

Katanya, PPP adalah antara usaha berterusan MOTAC dalam mengembalikan keyakinan pelancong terhadap tahap keselamatan di sesuatu destinasi pelancongan, selain berusaha memastikan sektor pelancongan negara mampu menjana semula pendapatan secara berterusan selepas pembukaan sektor ini secara berperingkat kelak.

“Antara fokus PPP termasuk merancakkan semula pelancongan domestik dan membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada rakyat tempatan.

“Ini termasuk petugas barisan hadapan sektor pelancongan, seni dan budaya di seluruh negara dalam usaha mencapai imuniti kelompok di destinasi pelancongan popular negara.

“Kita turut mempergiatkan kempen promosi ‘Rindu Melancong? Jom Vaksin Dulu!’ dalam menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mendaftar di bawah Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan, mengembalikan keyakinan awam untuk melancong dengan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi yang selamat, bersih dan sihat,” katanya.

Nancy berkata, PPP turut memberi keutamaan kepada digitalisasi proses perniagaan menerusi aplikasi teknologi tanpa sentuhan yang selamat dan lancar serta meningkatkan kemahiran dan kapasiti penggiat industri menerusi program kemahiran semula secara berterusan.

“PPP turut melonggarkan atau mempermudahkan peraturan dalam membantu penggiat industri yang terjejas dan meneroka potensi membuka semula aktiviti pelancongan antarabangsa yang memfokuskan pada segmen produk pelancongan yang berpaksikan alam semula jadi, kawasan luar bandar dan budaya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.