nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PDRM buka kertas siasatan kehilangan barang kes AS$6 juta

22 SEPT: Polis sudah membuka kertas siasatan isu kehilangan barang kes membabitkan wang tunai AS$6 juta (RM25 juta) milik seorang individu yang pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata beliau juga meminta kepada polis supaya mempercepatkan siasatan kes yang diklasifikasi sebagai kes curi berkenaan.

Hamzah berkata kertas siasatan berkenaan dibuka selepas polis menerima satu laporan berhubung kehilangan barang kes terbabit.

“Kementerian ini juga ingin menyentuh berkenaan isu kehilangan barang kes SPRM yang didakwa berjumlah USD 6 Juta yang telah dibangkitkan oleh YB Puchong.

“Untuk makluman Yang Berhormat, pihak PDRM telah menerima satu (1) laporan berhubung kes tersebut dan telah membuka kertas siasatan di bawah klasifikasi Kertas Enkuiri Polis (KEP).

Datuk Seri Hamzah Zainuddin

“Kementerian ini memberi jaminan sebarang laporan polis yang diterima akan disiasat dengan telus mengikut lunas perundangan sedia ada.

“Kita mahu pastikan kes ini dipercepatkan. Kerajaan ini adalah kerajaan yang mengekalkan sikap benar-benar berintegriti,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja peringkat Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan SPRM mengesahkan telah menahan tiga pegawainya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan.

SPRM menegaskan bahawa suruhanjaya itu tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perbuatan itu benar berlaku.

“Ketiga-tiga pegawai terbabit telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula Selasa hingga Ahad lalu.

‘Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan SPRM berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini kerana ia akan menjejaskan siasatan,” kata SPRM menerusi kenyataan media, kelmarin. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.