nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RMKe-12 peruntuk RM1.31 bilion baik pulih, bina PPRT

23 SEPT : Kerajaan telah meluluskan peruntukan bagi bantuan baik pulih dan bina baharu rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak RM1.31 bilion bagi tempoh 2021 hingga 2025 menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bantuan ini akan melibatkan anggaran sebanyak 50,000 unit rumah yang memberi manfaat kepada 250,000 ahli isi rumah. 

“Pada tahun ini, Kementerian telah diluluskan peruntukan sebanyak RM275 juta bagi membina dan membaik pulih 12,800 unit rumah yang akan memberi manfaat kepada 64 ribu ahli isi rumah luar bandar di seluruh negara. 

“Kementerian ini sentiasa komited dalam membantu rakyat terutama golongan miskin dan miskin tegar meningkatkan taraf kehidupan melalui bantuan rumah kediaman yang kondusif,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja kementeriannya di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini.

Datuk Seri Mahdzir Khalid

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bersatu Beufort, Datuk Azizah Mohd Dun yang membangkitkan isu mengenai isu bina baru dan baik pulih rumah di negara ini.

Dalam pada itu, Mahdzir memaklumkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM1.486 billion bagi tujuan pelaksanaan projek-projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di Negeri Sarawak.

“Peruntukan itu telah telah memberikan bekalan kepada 21,535 buah rumah dengan anggaran 107,675 penerima manfaat. 

“Manakala bagi tahun 2021, sebanyak RM83.646 juta telah diperuntukkan melibatkan 11 projek yang melibatkan peruntukan untuk kerja-kerja awalan dan pelantikan perunding,”katanya.

Sementara itu, menjawab isu berkaitan isu migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar dan perubahan pola masyarakat pula, Mahdzir berkata berdasarkan Laporan Survei Migrasi 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia, pola migrasi penduduk negara merekodkan penurunan migrasi dari luar bandar ke bandar iaitu 6.9 peratus pada 2015 kepada 3.0 peratus, tahun lalu.

Pada masa sama, tambah beliau, migrasi dari bandar ke luar bandar berlaku peningkatan iaitu 13.8% pada 2015 kepada 18.1% pada 2020. Ini menunjukkan keberkesanan program-program yang dilaksanakan oleh KPLB bagi mengurangkan jurang sosio ekonomi di antara bandar dan luar bandar.

“Bagi memininimumkan jurang sosio ekonomi antara bandar dan luar bandar, Kementerian ini telah mengetengahkan strategi-strategi yang inklusif dan holistik di dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030 

“Ini bagi mewujudkan Luar Bandar Sejahtera merangkumi aspek infrastruktur, ekonomi, modal insan, sosial, budaya dan persekitaran tanpa mengira latar belakang bangsa, agama, status sosial, gender dan umur,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.