nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Undi-18 : SPR buat persiapan laksana daftar pemilih automatik

23 SEPT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang dalam persiapan untuk melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun (Undi-18) dan pendaftaran pemilih secara automatik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata persiapan yang sedang dilaksanakan oleh SPR ini adalah meliputi pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain.

Antara pindaan perlu dilakukan ialah dari segi penyediaan prosedur operasi standard (SOP) dan penyediaan sistem serta infrastruktur bagi pelaksanaan umur kelayakan Undi-18 dan pendaftaran pemilih secara automatik.

“Di samping itu, SPR juga telah mengenal pasti beberapa tindakan yang perlu dilaksanakan sebelum pelaksanaan umur kelayakan Undi-18 dan pendaftaran pemilih secara automatik seperti membuat semakan maklumat bakal pemilih.

“SPR menjangkakan semua persiapan yang sedang diambil tindakan termasuklah menangani isu-isu yang berkaitan ini akan dapat diselesaikan dan seterusnya melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya pada September 2022.

“Namun demikian, walaupun dengan kekangan dan kekurangan, SPR komited untuk memastikan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2021.

“Ia selaras dengan keputusan semakan kehakiman isu Undi 18 di Mahkamah Tinggi Kuching pada 3 September 2021,” katanya ketika menggulung ucapan menjunjung kasih titah diraja Yang di-Pertuan Agong di Parlimen hari ini.

Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Mengenai pelaksanaan pengundian secara pos dan undi awal, Wan Junaidi berkata ketika ini sistem pilihan raya digunakan di Malaysia berasaskan ‘First-Past-The-Post-System’ di mana calon yang memperolehi majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya beliau bertanding.

Wan Junaidi berkata, cadangan berkenaan memerlukan kajian lanjut oleh pihak SPR kerana perkara ini bukan sahaja
melibatkan cadangan pindaan kepada Akta dan Peraturan berkaitan pilihan raya tetapi juga kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menetapkan salah satu kelayakan untuk didaftarkan sebagai pemilih ialah bermastautin dalam mana-mana Bahagian Pilihan Raya.

“SPR menentukan Bahagian Pilihan Raya seseorang pemilih berdasarkan kepada alamat pemastautin pemilih seperti di kad pengenalan.

“Buat masa ini kemudahan mengundi secara pos diberikan kepada pengundi dalam kategori seperti ahli SPR dan kakitangan SPR; petugas pilihan raya; tentera, polis, Polis Pasukan Gerak Am (PGA) yang bertugas pada Hari Mengundi Awal.

“Pengamal media yang bertugas membuat liputan pilihan raya di luar kawasan pada Hari Mengundi; kakitangan bagi sembilan agensi yang bertugas pada Hari Mengundi, pengundi tidak hadir (PTH) luar negara; penjawat awam (yang berkhidmat di luar negara) dan pasangan; pelajar universiti/institusi tinggi sepenuh masa di luar negara dan pasangan.

“Bagi pengundi-pengundi di Negeri Sabah dan Sarawak yang bermastautin di Semenanjung Malaysia, SPR menggalakkan pengundi untuk memohon pertukaran Bahagian Pilihan Raya berdasarkan tempat bermastautin terkini bagi memudahkan urusan pengundian bagi suatu pilihan raya umum atau kecil,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.