nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pindahan wang antara Malaysia-Singapura lebih pantas

27 SEPT: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Monetary Authority of Singapore (MAS) dalam rancangan menghubungkan sistem pembayaran runcit masa nyata DuitNow di Malaysia dan PayNow di Singapura secara berfasa.

Fasa pertama jalinan DuitNow-PayNow dijangka bermula pada suku keempat tahun depan yang membolehkan pelanggan perkhidmatan institusi kewangan membuat pindahan dana secara masa nyata antara kedua-dua negara dengan hanya merujuk nombor telefon mudah alih penerima.

Bank pusat dalam satu kenyataan berkata, projek ini akan membolehkan proses pembayaran dibuat dengan lebih lancar antara Malaysia dengan Singapura, terutama bagi tujuan pengiriman wang yang merekodkan jumlah yang besar sebanyak RM4.2 bilion pada tahun lalu.

“Pelanggan juga boleh membuat pembayaran runcit dengan mengimbas kod QR DuitNow atau NETS yang dipaparkan di hadapan premis perniagaan.

“Jalinan ini juga akan memenuhi keperluan pelawat dari kedua-dua negara, yang mencatatkan jumlah ketibaan yang besar iaitu secara purata kira-kira 12 juta setahun sebelum pandemik bermula,” katanya.

Susulan pelancaran ini, BNM dan MAS akan memperluas jalinan DuitNow-PayNow secara berperingkat dengan menambah lebih banyak fungsi pembayaran dan institusi kewangan peserta.

“BNM dan MAS juga akan mengkaji kemungkinan untuk menggabungkan ciri inovatif seperti penyelesaian berasaskan teknologi lejar teragih untuk memangkin kecekapan penyelesaian dan penjelasan pembayaran antara bank peserta.

“Jalinan DuitNow-PayNow menjadi satu lagi pencapaian penting dalam sejarah hubungan erat antara Malaysia dengan Singapura. Jalinan ini sejajar dengan usaha G20 untuk memacu pembayaran rentas sempadan yang lebih pantas, murah, inklusif dan telus.

“Inisiatif ini juga menjadi satu langkah konkrit ke arah mencapai rangkaian jalinan sistem pembayaran masa nyata dalam kalangan negara ASEAN,” jelas kenyataan itu.

Penolong Gabenor BNM, Fraziali Ismail, berkata jalinan DuitNow-PayNow akan menjadi pengubah penting untuk menggalakkan perkhidmatan pembayaran lebih pantas, murah dan mudah diakses oleh orang ramai di kedua-dua negara melalui kecekapan yang ditunjukkan oleh pembayaran domestik ke dalam pembayaran rentas sempadan.

“Inisiatif ini bukan saja dapat mengukuhkan lagi hubungan ekonomi antara Malaysia dengan Singapura tetapi juga berfungsi sebagai pendorong utama yang menyokong pertumbuhan ekonomi selepas pandemik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai FinTech MAS, Sopnendu Mohanty, berkata, koridor pengiriman wang dengan Malaysia adalah koridor yang terbesar di negara itu.

“Justeru, jalinan PayNow-DuitNow akan menjadi infrastruktur penting untuk menyokong keperluan pembayaran rentas sempadan bagi individu dan perniagaan, serta kegiatan ekonomi digital yang semakin meningkat antara kedua-dua negara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.