nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jemaah Menteri Diarah Bentangkan Laporan Pencapaian Hari Ini

30 SEPT: Semua Ahli Jemaah Menteri diarahkan untuk mengumumkan Kad Laporan Pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari ini kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan berkenaan membolehkan rakyat menilai pencapaian prestasi menteri dan kementerian demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Kerajaan meletakkan pencapaian aspirasi tersebut bagi setiap Ahli Jemaah Menteri sebagai keutamaan tertinggi bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

“Justeru Pada 24 September 2021 dan 29 September 2021 saya telah mengadakan sesi bersama kesemua 31 Ahli Jemaah Menteri untuk memuktamadkan senarai aspirasi yang telah dicadangkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 September 2021 bersetuju agar Ahli Jemaah Menteri membentangkan laporan prestasi setiap aspirasi masing-masing bagi 100 hari pertama pentadbiran kerajaan di bawah kepimpinan Ismail Sabri bermula dari 1 September 2021 iaitu pada hari pertama Mesyuarat Jemaah Menteri diadakan.

Jemaah Menteri di bawah pentadbiran Datuk Ismail Sabri Yaakob bersetuju membentangkan laporan pencapaian masing-masing selepas 100 hari berkhidmat.

Pelaksanaan inisiatif bagi setiap aspirasi adalah berlandaskan enam Teras Utama iaitu, menstruktur semula ekonomi; menjamin keselamatan dan ketenteraman negara; meningkatkan kesejahteraan sosial dan mempertingkatkan infrastruktur menyeluruh; memperkukuh penyatuan dalam acuan Keluarga Malaysia dan memperkasa penyampaian Perkhidmatan.

Dalam hal itu, Ismail Sabri berkata Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) akan bertindak sebagai penyelaras bersama bagi memastikan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan setiap aspirasi Keluarga Malaysia oleh Ahli Jemaah Menteri dapat dijayakan dengan cemerlang.

“Prestasi setiap Ahli Jemaah Menteri akan dinilai berdasarkan tiga elemen utama iaitu Penilaian Prestasi Kementerian/Jabatan, Penilaian Kepimpinan berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif, serta Penilaian Persepsi Awam terhadap Ahli Jemaah Menteri dan Kementerian/Jabatan di bawah tanggungjawab mereka,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.