nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RM300 juta bantu PMKS tembusi pasaran antarabangsa

5 OKT: Kerajaan memperuntukkan dana berjumlah RM300 juta bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menembusi pasaran antarabangsa dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata peruntukan berkenaan adalah bagi menggalak dan merancakkan lebih banyak PMKS memasarkan produk tempatan ke pasaran dunia.

Berikutan itu, kerajaan menyasarkan seramai 1,500 PMKS untuk menerima manfaat geran Geran Pembangunan Pasaran (MDG) setiap tahun.

“Bagi RMKe-11, sebanyak 7,727 syarikat PMKS telah menerima manfaat daripada MDG dengan menghasilkan jualan eksport sejumlah RM10.6 bilion.

“Sepanjang tempoh pandemik COVID-19, bagi tahun 2020 sehingga 15 September 2021, sebanyak 2,246 syarikat PKS telah menerima geran ini dengan penghasilan eksport sebanyak RM7.3 bilion,”  ketika menggulung perbahasan RMKe-12 di Parlimen di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata MATRADE juga menawarkan Dana Eksport Perkhidmatan (SEF) iaitu geran bayaran balik untuk meningkatkan eksport perkhidmatan Malaysia merangkumi kos pengurusan projek serta pembidaan tender antarabangsa.

Beliau berkata bagi RMKe-12, sejumlah RM45 juta telah diperuntukkan merangkumi 12 aktiviti promosi bagi membantu penyedia perkhidmatan Malaysia untuk mempertingkatkan akses pasaran eksport perkhidmatan.

MOHAMED AZMIN

“Skop SEF diperluaskan kepada Koperasi, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Dalam RMKe-11, sebanyak 305 syarikat penyedia perkhidmatan Malaysia telah menerima manfaat dengan penghasilan eksport berjumlah RM7.6 bilion.

“Sebagai Institusi Pembangunan Kewangan, MIDF menyediakan pelbagai skim pembiayaan mudah untuk menggalakkan pembangunan PMKS di Malaysia. Dalam tempoh Januari sehingga 31 Ogos 2021, MIDF telah meluluskan sejumlah RM230 juta kepada 114 PMKS,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin berkata MITI akan menggunakan dua pendekatan bagi membantu meningkatkan kesiapsiagaan dan daya saing PMKS menembusi pasaran antarbangsa dalam RMKe-12.

Beliau berkata pendekatan pertama adalah dengan memperkenalkan beberapa insentif, geran serta skim pembiayaan mudah untuk meningkatkan keupayaan syarikat tempatan dalam mengeluarkan produk dengan lebih cekap dan cost-competitive melalui automasi.

Beliau berkata ini termasuk Insentif Elaun Modal Automasi dan Dana Intervensi Industry4WRD di bawah MIDA dan Skim Pembiayaan Mudah Bagi Automasi dan Pemodenan (SLSAM) di bawah Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF).  

“Insentif Elaun Modal Automasi bertujuan mempercepat peralihan syarikat tempatan ke arah pengautomasian dan meningkatkan produktiviti. Sehingga 30 September 2021, sebanyak 421 syarikat telah diluluskan Insentif Elaun Modal Automasi.

“Syarikat yang layak boleh mengurangkan jumlah pendapatan yang dicukai berdasarkan kepada perbelanjaan modal yang boleh ditolak (offset) dengan pendapatan berkanun.

“Manakala, Skim Pembiayaan Mudah bagi Automasi dan Pemodenan (SLSAM) adalah untuk meningkatkan produktiviti dan kapasiti pengeluaran melalui pemodenan dan pengautomasian proses pengeluaran serta mengurangkan kebergantungan tenaga buruh asing.  

“Sejak diperkenalkan pada 2007 sehingga 31 Ogos 2021, MIDF telah meluluskan pembiayaan kasar berjumlah RM3.8 bilion kepada 556 syarikat. Bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2021, MIDF telah membiayai sejumlah RM231.4 juta untuk membantu 65 syarikat,” katanya.

Beliau berkata Industry4WRD telah menggariskan dua program iaitu Readiness Assessment (RA) di bawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Industry4WRD Intervention Fund (Dana Intervensi) di bawah MIDA untuk membantu syarikat dalam transformasi ke arah Industri 4.0 yang merangkumi aspek mengenal pasti tahap pendigitalan dan pelaksanaan transformasi digital.

Katanya, sejak tahun 2019 sehingga Ogos 2021, sebanyak 1,030 PKS telah dipilih untuk menjalani RA, di mana 962 syarikat adalah daripada sektor perkilangan, manakala baki 68 syarikat adalah daripada sektor perkhidmatan berkaitan pengilangan.

“Bagi Dana Intervensi, sehingga 30 September 2021, sebanyak 304 permohonan telah diterima dan 154 syarikat telah diluluskan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM54.3 juta. Di bawah RMKe-12, sejumlah RM100 juta telah dicadangkan untuk RA dan Intervention Fund.

“Pelbagai program pemasaran produk dan perkhidmatan halal telah dirangka oleh Halal Development Corporation (HDC) bagi membantu SME, termasuk Program i-Connect: Halal Supply Chain iaitu program usahasama HDC dengan Akademi Sains Malaysia (ASM) yang bertujuan menyediakan bantuan kewangan sejumlah RM4 juta bagi pengkomersilan produk R&D dan inovasi halal,” katanya.

Beliau berkata HDC melalui Halal Integrated Platform (HIP) telah merangka program pembiayaan khas dengan usahasama institusi kewangan untuk manfaat syarikat-syarikat yang berdaftar dengan HIP.

“Di antara program pembiayaan yang diperkenalkan termasuk GoHalal Financing Program dengan penyediaan dana berjumlah RM100 juta melalui usahasama HDC dan Bank Islam Malaysia Berhad.

“SME yang berdaftar di bawah HIP boleh memohon GoHalal Financing bagi membiayai aktiviti pemasaran produk, peningkatan keupayaan dan kapasiti serta penambahbaikan fasiliti perniagaan,” katanya.

Katanya, pendekatan kedua kerajaan juga memfokuskan kepada usaha memudahcara PMKS menembusi pasaran antarabangsa melalui Geran Pembangunan Pasaran (MDG) di bawah MATRADE.

Ini adalah inisiatif fasilitasi eksport dalam bentuk geran bayaran balik (reimbursable grant) bagi PMKS membiayai kos penyertaan pameran perdagangan antarabangsa, logistik, pensijilan antarabangsa, pendaftaran harta intelek serta pengiklanan dan pemasaran digital.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.