nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Aeroangkasa pemangkin ekonomi negara

5 OKT: Kerajaan kenal pasti aeroangkasa sebagai industri strategik, berimpak tinggi dan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara, sejajar dengan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) juga menggariskan strategi industri aeroangkasa dengan memberikan tumpuan kepada transformasi supaya lebih berdaya maju di peringkat global.

Katanya, inisiatif itu akan dilaksanakan merangkumi pembangunan ekosistem kondusif, membangunkan keupayaan melalui pewujudan kluster dan zon aktiviti aeroangkasa di kawasan ekonomi terpilih.

Beliau berkata, ia mengambil kira kewujudan sektor sokongan lain seperti elektronik, automotif, mesin dan peralatan, sistem digital aeroangkasa serta penggunaan sumber tenaga yang mampan.

“Lima program khusus direncanakan kerajaan iaitu, menggalakkan promosi ekosistem industri aeroangkasa Malaysia, meningkatkan daya saing melalui pelaksanaan transformasi digital dan Industri 4.0 serta membangunkan bahan api berasaskan bio untuk penerbangan mampan.

“Selain itu, memperkasa Pusat Kecemerlangan Aeroangkasa Kebangsaan di bawah Pejabat Penyelarasan Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO) dan pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta melaksanakan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Aeroangkasa di bawah SIRIM Berhad,” katanya ketika sesi penggulungan RMKe-12 di Parlimen, hari ini.

MOHAMED AZMIN

Terdahulu, Mohamed Azmin berkata Malaysia mengambil pendekatan ‘compare and offer’ dengan melaksanakan dasar yang komprehensif, jelas dan konsisten merangkumi keseluruhan rantaian bekalan industri kenderaan elektrik (EV).

Beliau berkata ini termasuklah dengan memberi galakan dalam meningkatkan penggunaan EV. Manakala, pesaing serantau memberi tumpuan insentif hanya kepada OEM – Original Equipment Manufacturers.

“Dasar Automotif Nasional (NAP) telah menggariskan inisiatif khusus bagi memperkukuh ekosistem EV seperti pembuatan komponen kritikal, penetapan standard dan menggalakkan aktiviti RDCI (Research, Development, Commercialisation & Innovation) untuk membangunkan teknologi tempatan.

“Pada masa ini, Kerajaan menawarkan insentif dalam bentuk pengecualian cukai langsung dan tidak langsung bagi aktiviti pemasangan atau pengilangan kenderaan EV, pembuatan komponen serta pembangunan ekosistem seperti fasiliti pengecasan. Antara insentif yang dinikmati oleh OEM adalah Taraf Perintis, Elaun Cukai Pelaburan serta pengecualian Duti Import dan Eksais.

“Melangkah ke hadapan, bagi mempertingkatkan pelaburan dan permintaan dalam industri EV, kerajaan sedang mengenalpasti strategi baharu yang melibatkan penawaran pakej insentif yang merangkumi insentif untuk menggalakkan penggunaan EV oleh rakyat tempatan.

“Usaha ini adalah sejajar dengan dasar pelaburan baharu negara berlandaskan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang memberi fokus kepada usaha untuk menarik pelaburan yang mempunyai tahap kompleksiti ekonomi yang tinggi dan berteknologi maju serta memenuhi kerangka Environmental, Social and Governance (ESG),” katanya.

Beliau berkata kementerian juga sedang memperhalusi cadangan pakej insentif untuk menggalakkan penggunaan EV yang antara lain pengecualian cukai jalan, pengecualian cukai pendapatan kepada individu yang memasang stesen pengecas EV dan juga insentif kepada pembeli EV melalui pelepasan cukai pendapatan.

“Malaysia telah berjaya menarik pelaburan daripada SK Nexilis, Republik Korea bernilai RM4.3 bilion untuk mengeluarkan kerajang tembaga (electro deposited copper foil) yang digunakan bagi penghasilan bateri EV. Industri ini dibangunkan di negeri Sabah yang akan membuka peluang pekerjaan baharu yang berteknologi dan berkemahiran tinggi.

“Pelaburan SK Nexilis ini merupakan yang pertama di luar Republik Korea dan ini membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang unggul dalam industri EV,” katanya.

Katanya, semua inisiatif ini dilihat mampu menyumbang ke arah merealisasikan hasrat Kerajaan bagi menjadi negara neutral karbon seawal-awalnya pada tahun 2050.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.