nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hanya 4.9 peratus pengguna kit kendiri positif COVID-19

7 OKT: Sebanyak 4.9 peratus pengguna kit ujian kendiri RTK-Ag didapati positif jangkitan COVID-19, berdasarkan maklumat di MySejahtera semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata jumlah laporan hasil ujian kendiri diterima melalui MySejahtera semalam menunjukkan peningkatan sebanyak 10,000 berbanding kira-kira 30,000 laporan hujung bulan lalu.

“Kadar positif itu menunjukkan terdapat 1,000 hingga 2,000 kes positif COVID-19 (hasil keputusan kit ujian kendiri) setiap hari.

“Jika mereka (pengguna kit) sudah melaporkan kepada MySejahtera, memang status mereka adalah berisiko tinggi kategori satu dan akan dipanggil oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendapatkan pengesahan melalui ujian RT-PCR (Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

AARON AGO

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang bertanya mengenai segelintir pengguna kit ujian kendiri COVID-19 yang mungkin tidak mahu melaporkan keputusan ujian mereka, terutama jika positif, yang mungkin akan memberi kesan lebih buruk kepada kesihatan sehingga boleh beralih ke kategori tiga dan empat.

Menjawab soalan asal Dzulkefly mengapa ujian melalui kit kendiri itu tidak diintegrasikan dengan MySejahtera bagi membantu KKM mengesan jumlah peratus positif sebenar, Aaron Ago memaklumkan, pengguna MySejahtera boleh mengemas kini keputusan ujian kendiri itu di bahagian Helpdesk aplikasi berkenaan.

“Mereka yang didapati positif COVID-19 akan mendapat emel daripada MySejahtera untuk memaklumkan yang status terkini sudah ditukar kepada ‘High Risk – Confirmed Case CAT1’,” katanya.

Mengulas lanjut, Aaron Ago berkata, sebanyak 24 kit ujian kendiri COVID-19 diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) setakat ini.

Menjawab soalan Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) mengenai perkembangan semasa pembangunan vaksin COVID-19 pertama negara yang dimulakan sejak November tahun lalu, Aaron Ago berkata pembangunan vaksin COVID-19 kini pada peringkat makmal atau ‘proof of concept’.

Beliau berkata penyelidikan penghasilan vaksin itu meliputi teknologi ‘innactivated virus’ seperti vaksin Sinovac dan jujukan genetik atau mRNA bagi vaksin Pfizer.

Jelasnya, pembangunan vaksin itu sepenuhnya diterajui pakar tempatan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dengan kerjasama pakar daripada Universiti Putra Malaysia dan Institut Penyelidikan Veterinar.

“Penghasilan vaksin ini akan mengambil masa untuk mencapai tahap keselamatan dan keberkesanan melalui ujian klinikal fasa ketiga serta mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NRPA).

“Penyelidikan vaksin ini (COVID-19) satu bidang baharu di negara ini dan ia (vaksin) boleh digunakan selepas keputusan ujian klinikal terhadap haiwan dan manusia menunjukkan ia selamat dan berkesan,” katanya.

Menjawab soalan Mohd Salim mengenai kos pembangunan vaksin, Aaron Ago berkata anggaran kos awal bagi peringkat POC itu sekitar RM1 juta hingga RM2 juta, manakala praklinikal dijangka melibatkan RM3 juta hingga RM4 juta.

“Selepas ini terdapat pelbagai lagi peringkat penghasilan vaksin dan pengilangan serta pemasarannya yang memakan kos jutaan ringgit, justeru kita harap usaha ini bukan sahaja disokong dengan dana kerajaan tetapi penglibatan daripada sektor swasta juga,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.