nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi di setiap Parlimen

7 OKT: Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan ditubuhkan di setiap kawasan Parlimen bagi membolehkan maklumat serta peluang yang disediakan agensi di bawah kementerian sampai kepada rakyat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar, berkata banyak program dilaksanakan kementerian untuk membantu rakyat yang mahu menceburi bidang keusahawanan dan usahawan perindustrian kecil dan sederhana (PKS), namun kadangkala tidak diketahui golongan sasar itu.

Berikutan itu, melalui majlis ini, yang akan mempunyai pengerusi dan urus setianya, semua agensi di bawah kementerian seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Urus Niaga (TEKUN Nasional) akan diletakkan di bawahnya.

“Kita juga akan membabitkan pemimpin tempatan untuk membantu dan menyampaikan maklumat mengenai peluang yang ada di bawah MEDAC,” katanya ketika sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Noh memaklumkan, MEDAC turut menyediakan skim pembiayaan kepada usahawan perindustrian mikro kecil dan sederhana (PKMS) yang gulung tikar akibat pandemik COVID-19 bagi memulihkan semula perniagaan mereka.

Beliau berkata sntaranya adalah Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) di bawah TEKUN yang menyediakan pembiayaan sehingga RM20,000, Skim Pembiayaan PKS BRFlex-i di bawah Bank Rakyat dengan pembiayaan sehingga RM1 juta dan program ‘Be Your Own Boss’ (BYOB) di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dengan pembiayaan sehingga RM500,000.

“MEDAC juga mengambil ketetapan supaya proses permohonan pembiayaan bagi dana kerajaan di bawah agensi MEDAC tidak akan mengambil kira penilaian CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dalam tempoh pandemik ini terutama bagi usahawan yang gulung tikar,” katanya.

Menyentuh mengenai bantuan kepada usahawan India, Noh berkata, TEKUN Nasional menyediakan pembiayaan khusus kepada golongan itu menerusi Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI).

“Pada 2020, sebanyak RM16.8 juta kepada 617 usahawan. Bagi Januari hingga Ogos 2021, TEKUN Nasional menyalurkan RM21.6 juta kepada 917 usahawan India, berbanding peruntukan yang disediakan sebanyak RM20 juta.

“Secara keseluruhannya, sejak SPUMI dilaksanakan pada 2008, kerajaan melalui TEKUN Nasional sudah menyalurkan sebanyak RM345 juta kepada lebih 23,446 usahawan kaum India,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.