nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keluarga Malaysia berlandaskan perlembagaan, Rukun Negara

8 OKT: Semua nilai Keluarga Malaysia berpaksikan kepada keluhuran Perlembagaan Persekutuan seperti termaktub dalam Rukun Negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata konsep dan pendekatan Keluarga Malaysia berlandaskan nilai sedia ada yang dimiliki dalam setiap keluarga.

Ismail Sabri, berkata apa yang dilakukan kerajaan ialah mengharmoni dan mengangkat nilai ini sebagai panduan mengukuhkan lagi kekuatan Malaysia, dengan keunikan pelbagai agama, bangsa dan kaum.

“Ibarat sepohon pokok, akar Keluarga Malaysia bertunjangkan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, manakala batang dan ranting menjulang kukuh nilai-nilai Keluarga Malaysia.

“Apabila membuahkan hasil seperti daun, bunga dan buah yang subur dan inayahnya memanfaatkan rakyat. Inilah metafora Keluarga Malaysia,” katanya berucap pada prapelancaran Keluarga Malaysia, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, bagi memastikan kejayaan idea Keluarga Malaysia ini, setiap kementerian dan agensi sedang giat mengenal pasti produk yang bersesuaian untuk diangkat menjadi sebahagian usaha membantu rakyat.

“Ini adalah langkah untuk menyemai budaya khidmat, berorientasikan prestasi bagi meringankan beban Keluarga Malaysia, yang memerlukan bantuan dan sokongan.

“Dalam usaha ini, kerajaan akan memastikan setiap produk Keluarga Malaysia memberi impak positif seperti yang diharapkan,” katanya.

Justeru, beliau berkata kerajaan turut memperkenalkan mekanisme Keberhasilan Kebahagiaan (KHO) yang juga merupakan pelengkap kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

“Garis panduan ini akan dibentuk berasaskan nilai sejagat sedia ada, termasuk Indeks Kebahagiaan yang diguna pakai kebanyakan negara di seluruh dunia,” katanya.

Berikutan itu, Ismail Sabri berkata semua mekanisme penyampaian bantuan untuk rakyat yang terjejas ekoran pandemik COVID-19 akan diselaraskan di bawah Skuad Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri berkata, jentera berkenaan akan diterajui Jabatan Kebajikan Masyarakat, di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, seramai 10,000 anggota Skuad Keluarga Malaysia bersedia untuk digerakkan ke segenap pelusuk negara, bagi membantu rakyat yang terkesan ekoran pandemik.

“Jumlah ini dijangka bertambah apabila lebih banyak kementerian dan agensi serta sukarelawan Keluarga Malaysia mendaftarkan diri,” katanya ketika berucap sempena prapelancaran Keluarga Malaysia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.