nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JK Khas Siasat Kes Adib Tindakan Tepat, Efektif

13 OKT: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memutuskan untuk mewujudkan Jawatankuasa Khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim disambut positif oleh pelbagai pihak khususnya di kalangan ahli politik. 

Ini dibuktikan dengan kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor yang menegaskan adalah satu tindakan yang tepat kerajaan Keluarga Malaysia menubuhkan jawatankuasa khas itu. 

Beliau berkata, ia merupakan satu tindakan yang sangat efektif dan mampu meredakan tekanan yang dihadapi oleh orang Islam di Malaysia yang prihatin dengan nasib Muhammad Adib.

“Terutamanya, kebelakangan ini kita lihat badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu begitu lantang sekali menyuarakan isu ini kepada kerajaan. 

RIDUAN

“Mereka menggesa kerajaan mengambil tindakan segera disebabkan kita merasakan ketika zaman Pakatan Harapan (PH), kes ini seolah-olah cuba disimpan,” katanya, hari ini. 

Justeru, Dr Riduan menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau kini lebih dikenali sebagai Keluarga Malaysia perlu mengambil perhatian dan pendekatan yang serius ketika mengambil alih kes membabitkan sesuatu bangsa.

Menurut beliau, PAS sangat menyokong pembentukan jawatankuasa khas ini dan yakin pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai prasarana, kekuatan dan kepakaran untuk menyiasat kembali kes ini.

“Ini disebabkan gambar perusuh ketika kejadian itu sebenarnya memang telah disebarkan. Siasatan perlu dibuat secara mendalam, paling kurang pun mengapa kita tidak kompaun orang yang merusuh pada malam tersebut?

“Saya lihat kita mempunyai gambar mereka yang lengkap dalam dokumentasi dari pihak polis dan sebagainya,” katanya. 

Pada masa sama, beliau mengharapkan agar kerajaan mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan kes ini memandangkan ia telah menjadi duri dalam daging kepada kerajaan sendiri.

“Pihak pembangkang juga mengambil peluang ini untuk mempersendakan kerajaan, termasuk Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang turut mendesak kerajaan dan kementerian bertanggungjawab memberi perhatian kes Muhammad Adib,” katanya. 

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan  bahawa jemaah Menteri bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi tujuan itu.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato’ Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut dianggotai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Menurut Ismail Sabri, penubuhan jawatankuasa khas itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Muhammad Adib mendapat keadilan dan sekali gus pelaku akan dihadapkan ke muka pengadilan. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.