nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan kaji undang-undang antilompat parti luar negara

18 OKT: Kerajaan akan mengkaji undang-undang dan amalan diguna pakai di luar negara seperti India, Singapura, New Zealand dan United Kingdom dalam merangka akta antilompat parti di Malaysia, tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berkata pihaknya juga akan mengambil kira keputusan mahkamah di beberapa negeri berhubung kes lompat parti dalam merangka draf rang undang-undang (RUU) baharu berkenaan.

“Dapatan daripada kajian ini akan dibincangkan melalui sesi libat urus bipartisan,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di sidang Dewan Negara, hari ini.

Wan Junaidi berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator N Balasubramaniam yang ingin tahu sejauhmanakah kesediaan kerajaan untuk mewujudkan undang-undang antilompat parti.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, kerajaan komited untuk memastikan undang-undang antilompat parti yang akan digubal dapat melindungi hak rakyat di negara ini yang memberi undi serta kepercayaan tinggi kepada ahli politik ketika proses pilihan raya.

“Kerajaan akan memastikan sesi libat urus yang menyeluruh diadakan bersama pihak berkepentingan, badan bukan kerajaan, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta rakyat agar rang undang-undang baharu yang diperkenalkan mendapat sokongan semua pihak,” katanya.

Menjawab soalan tambahan A Kesavadas mengenai bentuk libat urus yang sedang dilakukan oleh kerajaan dengan pakar perundangan negara luar bagi memuktamadkan intipati undang-undang antilompat parti, Wan Junaidi berkata, setakat ini tiada keperluan untuk mengadakan libat urus dengan pakar perundangan luar negara.

“Saya cukup yakin pihak kementerian saya dan juga Peguam Negara mempunyai cukup kepakaran selain daripada peguam kita di seluruh negara, maka keperluan libat urus dengan pakar undang-undang luar negara tidak perlu dibuat.

“Bagaimanapun kita menggunakan model undang-undang di negara yang saya sebutkan tadi dan kita boleh melihat kelemahan dan kekuatannya serta menilai dari sudut perlembagaan kita sendiri dan kehendak rakyat kita mengenai jenis undang-undang yang perlu kita perkenalkan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.