nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

NADMA gubal akta perkasa pengurusan risiko bencana

21 OKT: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang menggubal Dasar Pengurangsan Risiko Kebangsaan bagi memperkasa pengurusan dan memperhebat kesiapsiagaan risiko bencana negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata impak bencana alam juga boleh dikurangkan melalui inisiatif Pengurangan Risiko Bencana (DRR) menerusi usaha mewujudkan kesedaran awam melalui inisiatif Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) seperti yang dibentangkannya pada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sebelum ini.

Beliau berkata, selain menambah baik kefahaman mengenai risiko bencana, dasar itu juga dapat meningkatkan pelaburan dalam inisiatif pengurangan risiko bencana dari aspek kapasiti sumber manusia, pemerkasaan institusi, perluasan langkah mitigasi dan aplikasi teknologi.

“Saya juga dimaklumkan oleh Ketua Pengarah NADMA bahawa satu daripada usaha yang dijalankan oleh agensi berkenaan untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada orang awam mengenai risiko bencana adalah melalui penerbitan dokumen Daftar Risiko Kebangsaan (NRR) untuk orang awam.

ISMAIL SABRI

“Usaha berterusan mewujudkan kesedaran awam melalui CEPA ini menjadi kunci pelaksanaan berterusan dalam usaha membentuk perkongsian tanggungjawab bagi mengurangkan risiko bencana.

“Hasrat ini akan berupaya dicapai melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman, seiring menggalakkan penyertaan golongan muda bagi memacu perubahan membentuk komuniti berdaya tahan bencana.

“Justeru, penggubalan Dasar Pengurangsan Risiko Kebangsaan yang sedang dilaksanakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) merangkumi penambahbaikan kefahaman seiring usaha meningkatkan pelaburan,” katanya pada program Webinar Risiko Bencana di Era Perubahan Iklim Panel Pakar Sains dan Teknologi untuk Pengurangan Risiko Bencana anjuran NADMA, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah NADMA, Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, dalam usaha untuk menanam kesedaran dalam kalangan Keluarga Malaysia, NADMA sedang membangunkan dokumen Daftar Risiko Nasional (NRR) untuk orang awam, dengan kerjasama rakan strategik NADMA iaitu South East Asia Disaster Prevention Research Initiative (SEADPRI-UKM), yang beliau akan lancarkan pada 28 Oktober ini.

Ismail Sabri berkata, semua strategi, pelan tindakan dan program pengurangan risiko bencana yang terkandung dalam NRR itu juga akan diperluaskan dalam semua sektor dalam negara ini, termasuk pembangunan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan.

Beliau berkata, langkah itu diambil berpandukan instrumen global iaitu Sendai Framework for Disaster Risk Reduction dan Paris Agreement for Climate Change sebagai ikhtiar negara bagi mencapai aspirasi Sustainable Development Goals (SDG).

Justeru, beliau berkata, panel webinar hari ini mampu mengupas secara menyeluruh berhubung isu risiko rencana dalam keadaan kesan perubahan iklim yang semakin mendesak.

“Saya berharap sesi webinar ini akan membantu meningkatkan kefahaman semua seiring usaha mengenalpasti cabaran sains, teknologi dan inovasi yang berupaya membantu negara menangani risiko bencana di Malaysia.

“Hasil webinar ini mustahak kepada NADMA sebagai antara usaha mendapatkan input dalam merangka dasar pengurangan risiko kebangsaan kelak. Semoga melalui usaha ini negara akan lebih bersedia apabila berhadapan dengan sebarang bencana,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata strategi, pelan tindakan dan program pengurangan risiko bencana yang dibangunkan perlu mengarusperdanakan pengurangan risiko bencana dalam semua sektor selain koheren dengan instrumen global antaranya Perjanjian Paris untuk mencapai aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Katanya, pendekatan sains dan teknologi juga adalah langkah penting dalam mengintegrasikan pengurangan risiko bencana dengan adaptasi perubahan iklim.

“Dalam mendepani risiko bencana, kesejahteraan Keluarga Malaysia adalah prasyarat utama, kita menyasarkan rakyat yang sentiasa peka terhadap risiko bencana, mempunyai daya tahan dan berkebolehan dalam mengadaptasi keadaan bencana dalam era perubahan iklim ini,” katanya.

Ismail Sabri juga berkata, kerajaan memandang serius impak perubahan iklim dan peningkatan kesan bencana pada masa akan datang dengan mengambil kira Laporan Human Cost of Disasters 2000-2019 oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pengurangan Risiko Bencana (UNDRR).

“Ini ditekankan dalam Strategi Utama Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) iaitu untuk meningkatkan daya tahan terhadap perubahan iklim dan bencana ke arah melestarikan agenda pertumbuhan hijau negara,” katanya.

Ismail Sabri berkata impak bencana seperti banjir, tsunami dan pandemik COVID-19 tidak dapat dielakkan, namun boleh dikurangkan melalui inisiatif DRR dan melihatnya sebagai satu peluang untuk lebih bersedia dan berdaya tahan menghadapi bencana pada masa depan.

“Komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam merupakan kunci yang perlu dilaksanakan secara berterusan bagi membentuk budaya perkongsian tanggungjawab, termasuk dalam pengurangan risiko bencana,” katanya.

Ini termasuk pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman dan menggalakkan penyertaan golongan muda dan belia dalam kesedaran awam, seterusnya memacu perubahan tingkah laku ke arah komuniti berdaya tahan bencana.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.