nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan kemuka usul ungkai 7 Ordinan Darurat di Dewan Rakyat

25 OKT: Kerajaan hari ini mengemukakan usul bagi membahas dan meluluskan ketetapan mengungkaikan tujuh Ordinan Darurat mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata tujuh Ordinan Darurat yang diusulkan untuk diungkaikan ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 serta Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021.

Turut dicadangkan untuk diungkaikan ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Pindaan) 2021, Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021, dan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021.

“Bahawa selaras dengan peruntukan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan  Persekutuan hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

“Jika tidak boleh dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu.

“Tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baharu di bawah Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika membentangkan usul untuk mengungkaikan ordinan berkenaan di Parlimen hari ini.

Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata kerajaan akan memastikan pengungkaian ketujuh-tujuh (7) ordinan ini tidak akan menjejaskan pengawalan ancaman pandemik ini demi kesejahteraan rakyat, keselamatan dan ketenteraman awam serta pemulihan ekonomi negara.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata pengungkaian ordinan ini akan terus dilaksanakan di bawah Akta 446 yang terpakai untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja berbanding di bawah Ordinan Darurat ini yang telah diperluaskan pemakaiannya ke seluruh Malaysia.

Beliau berkata di bawah peruntukan Akta 446 sedia ada, tiada kuasa Ketua Pengarah Tenaga Kerja untuk mengarahkan penggantian, pengubahan dan pembaikan penginapan dan kemudahan pekerja.

“Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa mana-mana penginapan atau kemudahan yang disediakan oleh majikan atau penyediaan penginapan berpusat kepada pekerja tidak mematuhi standard minimum yang dikehendaki di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini,” katanya.

“Pembatalan Ordinan Darurat (No. 2) 2021 tidak menghalang kes yang sedang dalam siasatan dan prosiding mahkamah terhadap kesalahan yang dilakukan di bawah Ordinan Darurat (No. 2) 2021, untuk diteruskan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.