nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiga penunjuk perasaan maut, 80 cedera di Sudan

26 OKT :  Tiga penunjuk perasaan  maut di Khartoum apabila pihak tentera didakwa melepaskan tembakan memperlihatkan krisis yang semakin meruncing di Sudan.

Jeneral Abdel Fattah al-Burhan mengumumkan perintah darurat serta membubarkan kerajaan, selepas tentera menahan pemimpin awam yang menerajui peralihan kepada pemerintahan awam sepenuhnya susulan penggulingan Omar al-Bashir pada April 2019.

Menurut Abdel Fattah, bagi memperbetulkan hala tuju revolusi, pihak tentera mengambil keputusan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara dan membubarkan majlis kedaulatan peralihan serta Kabinet.

Pertempuran tercetus di Khartoum selepas ucapan beliau itu, dan Kementerian Penerangan dilaporkan mendakwa askar melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup terhadap penunjuk perasaan yang membantah rampasan kuasa oleh tentera, di luar ibu pejabat pasukan berkenaan.

Menurut Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan, tiga penunjuk perasaan maut dan kira-kira 80 lagi cedera dalam kejadian itu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, dalam satu kenyataan mengutuk rampasan kuasa oleh tentera itu dan menekankan bahawa tindakan menahan pemimpin awam adalah melanggar undang-undang.

Diplomat di New York memberitahu AFP, Majlis Keselamatan PBB dijangka mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan krisis di Sudan, hari ini.

Dalam pada itu, Kesatuan Eropah, Kesatuan Afrika dan Liga Arab turut menzahirkan kebimbangan atas kemelut berkenaan.

Amerika Syarikat (AS) yang juga penyokong utama kepada usaha kerajaan peralihan di Sudan pula menegaskan, pihaknya sudah menggantung penyaluran bantuan AS$700 juta.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.