nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MP mula berpakaian batik di Parlimen hari ini

28 OKT: Malaysia mencatat sejarah tersendiri apabila sebahagian besar Ahli Parlimen mengenakan pakaian batik Malaysia ke hadir ke persidangan Parlimen hari ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata sempena meraikan hari pertama yang bersejarah itu, semua Keluarga Malaysia akan menerima rebat tunai RM30 bagi setiap pembelian RM100 yang ditawarkan ke atas pembelian mana-mana produk batik oleh Kraf Malaysia yang dijual di mana-mana cawangannya.

“Saya mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang anggun dan segak mengenakan baju batik Malaysia hari ini.

“Bagi meraihkan hari pertama bersejarah ini pemakaian baju batik di Parlimen bahawa semua Keluarga Malaysia akan menikmati rebet tunai RM30 bagi setiap pembelian bernilai RM100 ke atas mana-mana produk Kraf Malaysia dijual di mana-mana.

“Ini membantu industri batik Malaysia dan kita juga ada outlet di Parlimen dan mana-mana premis di cawangan Kraftangan Malaysia anda akan mendapat rebet RM30 bagi setiap pembelian RM100. Terima kasih banyak-banyak dan tahniah semua,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 11 Oktober lalu, Parlimen meluluskan tiga usul membenarkan Ahli Parlimen lelaki memakai baju batik berlengan panjang ketika menghadiri sidang Parlimen pada setiap hari Khamis.

Perkara itu adalah antara tiga syor diluluskan Jawatankuasa Dewan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Parlimen Ke-14 yang telah dibentangkan di atas meja mesyuarat Parlimen hari ini.

Dua lagi syor lain ialah komposisi ahli untuk semua Jawatankuasa Pilihan Khas yang ditambah dari tujuh ahli kepada sembilan ahli dan penubuhan jawatankuasa pilihan khas baharu iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, ketika mengemukakan syor berkenaan berkata semua ahli Parlimen digalakkan memakai baju batik berlengan panjang ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat pada setiap hari Khamis.

“Ini adalah cadangan daripada Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk menyokong warisan negara.

“Pemakaian baju batik ini bukanlah mandatori dan adalah secara sukarela,” katanya ketika membaca Penyata Jawatankuasa Dewan yang dibentangkan di atas meja mesyuarat di Parlimen, baru-baru ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.