nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelbagai inisiatif dilaksana lindungi negara dari serangan siber

28 OKT: Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi melindungi Malaysia daripada serangan siber sama ada dari dalam dan luar negara.

Berikutan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid, berkata kerajaan melancarkan Pelan Pengurusan Krisis Siber Negara pada tahun 2008 bagi melindungi keselamatan infrastruktur digital negara.

Beliau berkata pelan berkenaan dibangunkan berdasarkan kepada rangka kerja pengurusan risiko menggariskan strategi bagi mengurangkan kesan serangan siber dan tindakbalas yang perlu dilaksanakan oleh agensi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII), yang terdiri daripada agensi awam dan swasta.

“Pelan ini seterusnya diterjemahkan kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 24 : Dasar dan Mekanisme Pengurusan Krisis Negara dan Prosedur Tindakbalas Komunikasi dan Penyelarasan Krisis Siber Negara.

“Kerajaan juga telah mewujudkan Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara NC4), yang telah beroperasi pada tahun 2016 bagi memantau dan menangani sebarang insiden dan ancaman siber dari dalam dan luar melibatkan agensi/organisasi CNII yang merangkumi sektor awam dan swasta,” katanya ketika sesi jawab lisan di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen PAS-Dungun Wan Hassan Mohd Ramli yang meminta Perdana Menteri menyatakan perancangan kementerian dalam memastikan perlindungan daripada serangan siber dari dalam dan luar serta tidak akan menggugat keselamatan infrastruktur digital negara kita pada waktu ini.

Datuk Mastura Mohd Yazid

Mengulas lanjut, Mastura berkata bagi memperkukuhkan lagi tahap keselamatan siber negara bagi mewujudkan persekitaran siber yang berdaya tahan dan lestari, Kerajaan melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah melancarkan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2020-2024, pada 12 Oktober 2020.

Beliau berkata MCSS dilancarkan bagi menggariskan tindakan strategik bagi menangani ancaman tersebut melalui pendekatan bersepadu meliputi pelbagai aspek keselamatan siber secara holistik dan terselaras.

“Strategi ini menekankan lima tonggak utama iaitu aspek tadbir urus; pengurusan dan penyelarasan yang berkesan; peranan agensi yang jelas; peningkatan keupayaan melalui penggunaan teknologi terkini; dan peningkatan kemahiran, pengetahuan dan pendidikan.

“Dalam mempertingkatkan perlindungan daripada serangan siber dari dalam dan luar negara, pelaksanaan MCSS akan turut menumpukan kepada peningkatan keupayaan NC4 yang akan turut memperluaskan visibility pemantauan dengan merangkaikan kepada semua pusat pemantauan di dalam negara termasuk pusat pemantauan yang dikendalikan oleh syarikat swasta, mewujudkan Sectoral Cyber Command Centre (melalui sistem NC4) dan sistem pemantauan rapi terhadap sistem kritikal negara.

“Sistem NC4 juga akan dilengkapi dengan sistem pengurusan insiden yang lebih berkesan bagi meningkat pengurusan insiden siber melibatkan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer (CERT) diperingkat ketua sektor dan agensi CNII,” katanya.

Beliau berkata melalui inisiatif komprehensif yang digariskan ini, Kerajaan dapat mengetahui situasi keselamatan siber semasa dan tahap kesiapsiagaan negara dalam  memastikan ia dilindungi daripada risiko ancaman siber daripada dalam dan luar negara.

“Pelaksanaan MCSS juga digariskan sebagai strategi yang akan dirujuk dalam RMK-12 2021-2025 aspek pengukuhan keselamatan siber dalam Strategi A1: Menyediakan Persekitaran Yang Menyokong Pertumbuhan Ekonomi Digital,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.