nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jumlah Bajet 2022 tertinggi sepanjang sejarah belanjawan negara

29 OKT: Belanjawan 2022 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ dan bersandarkan tiga paksi utama, iaitu Memperkukuh Pemulihan, Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan, dibentangkan dengan jumlah RM332.1 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika membentangkan dokumen penting itu tepat pada jam 4.05 petang tadi, turut menggariskan tiga fokus induk yang merangkumi rakyat yang sejahtera, perniagaan berdaya tahan dan ekonomi makmur serta mampan.

Berteraskan penekanan sedemikian, katanya, kerajaan bercadang membahagikan peruntukan belanjawan tahun depan kepada empat komponen utama.

“Daripada jumlah itu, kerajaan bercadang untuk menyediakan RM233.5 bilion bagi belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan dan RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19.

“Sejumlah RM2 bilion turut disediakan sebagai simpanan luar jangka. Sungguhpun ini adalah bajet mengembang, defisit fiskal 2022 diunjur berkurang kepada 6 peratus daripada KDNK berbanding 6.5 peratus pada 2021,” katanya ketika membentangan Belajawan 2022 di Parlimen sebentar tadi.

Terdahulu, Tengku Zafrul berkata seperti tahun lalu, Bajet 2022 dirangka dengan mengekalkan tradisi keterbukaan #TeamMOF.

Beliau berkata bajet berkenaan terhasil dari siri turun padang dan jelajah negeri, perbincangan dengan lebih 30 sesi kumpulan fokus selain mengkaji lebih 1,100 memorandum dan hampir 50 ribu cadangan yang diterima melalui portal Bajet 2022.

“Lebih bermakna, Bajet 2022 dirangka setelah 80 sesi sumbang saran bersama ahli-ahli Yang Berhormat merentasi doktrin politik, tak kira kerajaan mahupun Pembangkang. Kita semua telah bermusyawarah, bertukar-tukar pandangan dan sama-sama memikir kemaslahatan negara.

“Tidak cukup dengan itu, bagi meningkatkan ketelusan penyediaan bajet tahunan, buat julung-julung kalinya #TeamMOF telah menerbitkan Kenyataan Pra-Bajet 2022 dan empat Kertas Konsultasi Awam merangkumi topik berkenaan penambahbaikan perolehan kerajaan, pemberian bantuan tunai, insentif cukai dan tanggungjawab fiskal,” katanya.

Beliau berkata tumpuan kerajaan pada tahun depan semestinya adalah untuk memulih semula setiap segmen sosioekonomi negara.

“Usaha untuk membina daya tahan turut  digerakkan bagi mengukuh keupayaan perniagaan dan sistem kesihatan dalam mendepani cabaran mendatang. Akhirnya, melangkah ke hadapan, instrumen pembaharuan akan mula dilaksana supaya seiring dengan landskap dunia teknologi tanpa sempadan serta agenda kelestarian.

“Atas iltizam tersebut, Bajet tahun 2022 akan bertemakan, “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”. Bajet kali ini mendokong Tiga Paksi Utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.

“Matlamat Bajet 2022 kekal dengan tiga Fokus Induk iaitu: Pertama: Rakyat Yang Sejahtera; Kedua: Perniagaan Yang Berdaya Tahan; dan Ketiga: Ekonomi Yang Makmur dan Mampan.

“Bajet 2022 yang dijajarkan kepada Rancangan Malaysia Ke-12 telah diadun sebagai kesinambungan daripada pakej bantuan dan rangsangan ekonomi sebelum ini; juga ditambah baik dan dilengkapi usaha baharu untuk membentuk sebuah Bajet yang inklusif, mampan dan seimbang.

“Mengambil kira aspirasi, impian dan keperluan ahli Keluarga Malaysia, di samping jangkaan peningkatan hasil Kerajaan bagi tahun 2022 kepada RM234 bilion ringgit, kerajaan akan terus menyediakan bajet yang mengembang,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.