nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

YKSKM fokus beri bantuan kepada mahasiswa yang memerlukan

29 OKT: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini, melancarkan penubuhan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia (YKSKM) bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mahasiswa selaras konsep Keluarga Malaysia iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

Ismail Sabri berkata, penubuhan yayasan itu seiring prinsip kerajaan yang sentiasa memastikan tiada seorang pun yang akan tercicir atau terpinggir.

Berikutan itu Perdana Menteri mengumumkan peruntukan dana permulaan RM5 juta disalurkan menerusi Kementerian Kewangan sebagai tanda sokongan kerajaan dalam memastikan kelangsungan operasi dan matlamat penubuhannya tercapai.

Beliau berkata, yayasan berstatus badan rasmi peringkat nasional itu ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) dengan dikawal selia oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

“Badan ini akan berkolaborasi dengan kesemua saluran bantuan dan yayasan sedia ada di institusi pengajian tinggi (IPT) bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mahasiswa yang memerlukan bantuan.

“Sehubungan itu, ingin saya mengingatkan kepada agensi dan pihak yang terbabit, permudahkan dan percepatkanlah sebarang permohonan lengkap yang diterima daripada mahasiswa supaya bantuan dapat disalurkan dengan segera kepada mereka,” katanya dalam ucapan pelancaran yayasan berkenaan secara maya hari ini .

Yang turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata penubuhan yayasan berkenaan secara langsung menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mahasiswa seperti yang terkandung dalam konsep Keluarga Malaysia iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

“Seperti dalam sebuah keluarga, setiap ahli yang susah, perlu dibantu bersama-sama dan nilai-nilai murni ini jugalah yang perlu diamalkan oleh setiap mahasiswa. Amat mustahak bagi setiap mahasiswa melihat rakan-rakan sebagai sebuah keluarga besar yang saling memerlukan.

“Justeru itu, dengan tertubuhnya yayasan ini, tergalaslah amanah di bahu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) khususnya dan di setiap mahasiswa amnya, bagi memastikan tiada sebarang rakan yang memerlukan tercicir daripada dibantu.

“Demi melaksanakan usaha murni ini, saya menyeru semua mahasiswa supaya menggenggam erat prinsip kebersamaan tanpa mengira agama, bangsa dan kaum,” katanya.  

Get real time updates directly on you device, subscribe now.