nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lebih banyak pos kawalan sempadan dibina di ESSZone

1 NOV: Kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa mencari jalan terbaik untuk menjaga keselamatan penduduk dan memastikan kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone) tidak dicerobohi oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) khususnya dari Filipina.

Berikutan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sentiasa memperketatkan kawalan sempadan perairan ESSZone bagi meningkatkan tahap keselamatan dan mencegah pencerobohan kumpulan pengganas dan PATI dari Filipina.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jonathan Yasin, berkata KDN juga akan membina lebih banyak pos kawalan sempadan dan pangkalan hadapan di kawasan perairan Timur Sabah bagi mengekang kemasukan PATI dan pencerobohan kumpulan pengganas di Sabah.

jonathan yasin
JONATHAN

Ini termasuklah pembinaan pos kawalan sempadan di Kinabatangan, Kalabakan dan Lahad Datu, selain pangkalan bot peronda  di Sandakan; pembinaan pos pangkalan hadapan di Semporna.

“KDN juga bercadang menambahkan bilangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di Kudat dan Keningau, Sabah bagi menjaga keselamatan penduduk dan mencegah kemasukan PATI ke Sabah, pada masa depan,” katanya ketika menjawab soalan di sesi jawab lisan di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meminta menteri berkenaan menjelaskan apakah usaha diambil kerajaan menerusi KDN untuk memastikan perairan Sabah benar-benar kukuh dari dicerobohi oleh PATI terutamanya dari Filipina.

Bung Moktar berkata kehadiran PATI yang tidak terkawal ini akan menyebabkan penyebaran virus COVID-19 akan sukar untuk dibendung.

Selain itu, Bung Moktar juga mahukan jaminan kerajaan dalam memastikan ketelusan perkhidmatan anggota keselamatan dalam melaksanakan tugasan di perairan Sabah dalam usaha bagi menjamin tiada pergerakan masuk dan keluar sempadan secara haram.

Terdahulu, Jonahtan menjelaskan KDN melalui ESSCOM mengambil pendekatan yang menyeluruh bagi menangani isu PATI di perairan ESSZone dengan memastikan kesiagaan aset keselamatan pada tahap yang optimum selain mengukuhkan kawalan keselamatan secara sepadu di bawah Op Benteng menerusi pelaksanaan Operasi Cegah PATI (OCP) Laut dan Daratan di lima sektor iaitu Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

Beliau berkata ini merangkumi hampir keseluruhan pesisir pantai timur Sabah melibatkan penggunaan aset laut dari pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan yang dikoordinasikan oleh ESSCOM.

“Berhubung dengan isu ketelusan pasukan keselamatan yang beroperasi di ESSZone, tiga elemen utama di ESSCOM iaitu ATM, PDRM, dan APMM mempunyai Unit Integriti masing-masing yang akan membuat pemantauan secara berkala kepada pegawai dan anggota yang bertugas di lapangan.

“Unit Integriti di setiap perkhidmatan tersebut juga menjalinkan kerjasama strategik dengan SPRM untuk melaksanakan kempen-kempen kesedaran dan tindakan pencegahan melibatkan pegawai dan anggota.

“Selain itu, dasar pusingan kerja dan pertukaran pegawai dan anggota yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun juga turut dilaksanakan oleh pasukan keselamatan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.