nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong penentu tarikh sesuai PRN Sarawak

3 NOV: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menjadi penentu bila masa sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata ia berbeza dengan proses di negeri lain.

Ini kerana, katanya, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 telah dikuatkuasakan sejak 2 Ogos lalu sehingga 2 Februari tahun depan dan PRN Sarawak Ke-12 hanya boleh berlaku sekiranya Seri Paduka atas pertimbangan baginda menamatkan ordinan darurat terbabit.

“Kehendak undang-undang darurat ialah perbincangan di antara Yang di-Pertuan Agong dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak diiringi Ketua Menteri Sarawak selaku penasihat. Kemudian, Perdana Menteri yang mewakili Jemaah Menteri akan dipanggil menghadap Seri Paduka untuk perbincangan lanjut.

WAN JUNAIDI

“Selepas itu, barulah Seri Paduka membuat keputusan. Keputusan terletak 100 peratus pada baginda, tiada mana-mana pihak boleh mencampuri urusan ini,” katanya lapor BH, hari ini.

Spekulasi berkenaan PRN Sarawak mula hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lalu dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg pada penghujung bulan lalu, menafikan beliau telah menghadap Al-Sultan Abdullah.

Sebaliknya jelas Abang Johari, beliau hanya berpeluang menghadap Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Abang Johari dikatakan berlepas ke Kuala Lumpur hari ini dan sejak beberapa hari lalu tidak menghadiri majlis-majlis rasmi, sebaliknya diwakili anggota Kabinet negeri.

Sementara itu, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong, berkata beliau secara peribadi berpendapat PRN sudah sesuai diadakan selepas meneliti data laporan kes COVID-19 di Sarawak.

Malah, katanya, keperluan untuk mengadakan PRN di negeri itu adalah lebih kritikal berbanding Melaka kerana mandat kerajaan negeri telah tamat pada 7 Jun lalu.

“Kalau Melaka dibenar adakan PRN, maka Sarawak juga boleh menuntut diberi peluang untuk berbuat demikian. Saya sentiasa membaca dan menyemak laporan kesihatan dari Sarawak, majoriti kes hari ini ialah kes kategori 1 dan 2 (tidak serius) sahaja. Tahap 3, 4 dan 5 pula jumlahnya di bawah 10 kes.

“Kalau nak diadakan PRN, saya fikir boleh dikatakan berpatutan untuk mengadakannya, namun perkara ini dalam bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.