nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SPR belum putuskan SOP PRN Melaka

3 NOV: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum memuktamadkan jenis prosedur operasi standard (SOP) yang akan digunakan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihaknya menyerahkan kepada SPR untuk menentukan jenis SOP PRN Melaka.

“SOP akan dibuat oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKM) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

WAN JUNAIDI

“Setakat ini belum dimaklumkan apakah jenis SOP yang akan dilaksanakan di PRN Melaka,” katanya ketika menjawab soalan di sesi jawab lisan Parlimen hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan soalan tambahan Ahli Parlimen PH-Kota Melaka Khoo Poay Tiong yang meminta penjelasan daripada kerajaan bagaimana SPR akan melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan pengundi keluar mengundi pada PRN Melaka memandangkan ramai was-was untuk keluar mengundi berikutan takut dengan COVID-19.

Dalam pada itu Wan Junaidi memberitahu terdapat lebih 7,000 pengundi berusia antara 90 hingga 160 tahun berada dalam daftar pemilih SPR ketika ini yang belum dibersihkan, selain pengundi sudah meninggal dunia, gila, sakit dan menjalani hukuman penjara.

Beliau menjelaskan, ia adalah antara faktor SPR sebelum ini menetapkan jangka masa hingga September 2022 bagi membolehkan semua proses berkaitan pelaksanaan Undi 18, termasuk pembersihan daftar pengundi, dapat diselesaikan.

“Maka, tempoh masa itu bukan menjangkakan sistem ini (Undi 18) boleh dilaksanakan dalam masa terdekat selepas Perlembagaan dipinda.

“Selain itu apabila intervensi berlaku, iaitu penularan COVID-19, ia mengekang SPR untuk bersemuka dan mengambil tindakan terperinci bagi melaksanakan apa yang dikehendaki negara,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PH-Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai sebab kerajaan perlu menunggu keputusan mahkamah sebelum meneruskan pelaksanaan Undi 18, sedangkan ia adalah pindaan Perlembagaan Persekutuan yang disepakati secara rentas parti.

Sementara itu, menjawab soalan asal Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) mengenai langkah SPR untuk memastikan pengundi berusia 18 tahun akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak, Wan Junaidi berkata, Akademi Pilihan Raya (APR) melaksanakan Program Pendidikan Pengundi (VE).

Beliau berkata, ia bagi memberi kefahaman kepada rakyat terutama belia, berhubung proses pilihan raya di Malaysia, di samping menjawab isu yang sering dibangkitkan ketika pilihan raya.

“Hingga 30 September lalu, APR melaksanakan program ini bersama beberapa institusi pengajian tinggi (IPT), secara bersemuka dengan mematuhi ketetapan prosedur operasi standard (SOP) membabitkan penyertaan 2,740 pelajar, manakala 152 program diadakan secara maya dengan 50,858 tontonan.

“APR turut mengambil inisiatif perkongsian secara maya dalam media sosial melalui platform Facebook, YouTube, Instagram, Twitter dan TikTok yang menjadi trend belia serta anak muda ketika ini, bagi menggalakkan pengundi berusia 18 tahun keluar mengundi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.