nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Norhizam umum bertanding atas tiket bebas

7 NOV: Selepas tidak dipedulikan oleh Pakatan Harapan (PH) Datuk Norhizam Hassan Baktee hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan beliau akan bertanding atas tiket ‘Bebas’ bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Malah, Norhizam yang dikenali sebagai ‘YB Beliau’  meletakkan keyakinan lebih 80 peratus untuk mempertahankan kerusi dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu atas tiket pembangkang.

Katanya, logo yang akan dipertaruhkan pada pilihan raya itu nanti diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas selesai menghantar borang penamaan calon esok.

“Saya ingin beritahu saya tidak hilang dari radar dan parti ini hanya satu logo dan simbol sahaja kerana kalau kita tabur (khidmat) pada rakyat, insya-Allah kita akan menang dan saya yakin instinct (firasat) saya juga mengatakan 80 peratus saya akan menang.

“Saya bukan cakap kosong, saya ada KPI selama lebih tiga tahun turun padang menyantuni rakyat. Untuk (menang) dia (pemimpin) kena berjiwa rakyat, macam mana kita nak bantu rakyat kalau tidak berjiwa rakyat.

“Setiap kali saya turun (kawasan) ada makcik sampai menangis, sebelum ni tidak ada wakil rakyat pun turun menyantuni beliau tanya soal sakit, lampin pakai buang atau kebajikan, tidak ada datang, tetapi di bawah saya sebagai calon Bebas, banyak masalah diselesaikan. Saya tidak ada IR, tetapi saya ada JR (jiwa rakyat),” katanya.

Mengulas soal tawaran diterima selepas ditolak Majlis Presiden PH sebagai calon PRN, beliau mengakui menerima banyak tawaran daripada parti politik untuk dipertaruhkan pada pilihan raya ini.

“Saya boleh katakan ada lebih empat parti tawar saya tetapi tidak bolehlah sebut parti mana, saya yakin kenapa mereka nak ‘offer’ saya sebab saya antara wakil rakyat yang buat kerja.

“Saya nak beritahu siapa kata Bebas tidak boleh berkhidmat, Melaka ada 28 wakil rakyat tetapi lagi 27 ini buat kerja atau tidak? Jangan sebab PRN baru nak turun padang, wakil rakyat (sepatutnya) sanggup hambakan diri untuk rakyat berkhidmat 24 jam,” katanya.

Mengenai saingan calon di DUN Pengkalan Batu, Norhizam berkata perkara itu tidak menjadi cabaran buatnya memandangkan beliau lebih awal memulakan gerak kerja di kawasan itu.

“Danish (calon PH) bukan anak tempatan, dia ibarat ‘parachute’ dan saya tidak kenal dia. Datuk Khalsum (calon BN) pula dari segi gerak kerja saya dah gerak laju dari dia kurang-kurang nak jadi calon kena berkhidmat dua tahun.

“Kalau dia pun tak turun padang menunjukkan minat, itu biar rakyat nilai lah. Rakyat bukan pilih lagi parti, tetapi siapa pemimpin yang akan berkhidmat,” katanya.

Mengulas soal hubungan bersama dua lagi rakan iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan yang telah diumumkan sebagai calon PH, ujarnya hubungan mereka baik dan tidak berasakan dirinya teraniaya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.