nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada kempen bersemuka, atas kenderaan dibenarkan

8 NOV: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membenarkan calon berkempen menggunakan kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara mengikut waktu ditetapkan dalam permit.

Berikutan itu, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, calon perlu mendapatkan kebenaran daripada polis untuk menentukan tempoh masa dan lokasi untuk berkempen yang tertakluk kepada permit diluluskan pihak berkuasa.

“Kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara tidak dibenarkan berhenti di sepanjang laluan dalam menyampaikan ceramah.

ABDUL GHANI

“Calon yang bertanding masih tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Persekutuan hari ini.

Terdahulu, Abdul Ghani mengesahkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Khas Pencegahan COVID-19 Bagi Pelaksanaan PRU DUN Melaka Ke-15 telah diluluskan oleh KKM, semalam.

Beliau berkata SOP baharu berkenaan adalah selaras dengan Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“SOP khas ini akan dilaksanakan dengan ketat di semua proses perjalanan pilihan raya iaitu taklimat petugas, proses cetakan dan semakan kertas undi, pengeluaran dan pengiraan kertas undi pos, semakan isi peti undi, sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi,” katanya.

Abdul Ghani berkata antara kandungan SOP khas berkenaan ialah sepanjang tempoh berkempen, calon atau parti hanya dibenarkan untuk membuka satu Bilik Jawatankuasa (Bilik Gerakan Utama)  untuk satu DUN dan tiada Bilik Gerakan Kecil atau tempat perkumpulan lain bagi calon atau parti dibenarkan.

Beliau berkata bagi mematuhi penjarakan fizikal, ceramah yang menghimpunkan orang ramai ada tidak dibenarkan.

“Begitu juga aktiviti ziarah oleh calon atau penyokong parti ke rumah pengundi dan aktiviti walkabout adalah tidak dibenarkan.

“Justeru, calon boleh memaksimumkan kaedah kempen menggunakan medium atas talian atau melalui saluran media massa dan media sosial,” katanya.

Katanya, calon yang membayar deposit bahan kempen pilihan raya dibenar untuk mempamer dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya yang mengandungi gambar calon, lambang/simbol parti dan gambar pemimpin parti yang diwakilinya termasuklah lambang/simbol parti dan gambar pemimpin parti komponen yang berdaftar secara rasmi.

“Bahan-bahan kempen yang boleh digunakan seperti iklan, surat sebaran, pelekat dan poster hendaklah mengandungi nama dan alamat pencetak dan penerbitnya kecuali bendera, poster simbol parti dan gambar pemimpin parti atau calon yang bertanding.

“Bahan kempen yang mengandungi perkataan-perkataan yang boleh mengembangkan perasaan jahat, berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan atau yang boleh mendatangkan permusuhan adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata semua maklumat lanjut berkenaan SOP Pencegahan COVID-19 PRU DUN Melaka Ke-15 boleh diperoleh di portal spr.gov.my.

Beliau berkata SPR juga berharap agar aktiviti berkempen yang dibenarkan akan berjalan dengan suasana yang penuh harmoni serta mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.