nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

GPS tiada masalah pembahagian kerusi PRN Sarawak

15 NOV: Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka tidak menghadapi masalah besar bagi menyelesaikan isu pembahagian kerusi yang akan ditandingi parti komponennya, pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) nanti.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini kerana komponen dalam GPS mempunyai semangat kesatuan yang kuat bagi memastikan gabungan itu terus mencapai kemenangan.

Beliau berkata semua parti komponen GPS memang mesra antara satu sama lain dan menyerahkan kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan calon yang layak diketengahkan pada PRN Sarawak nanti.

ABDUL KARIM

“Mereka (parti komponen) yang ada dalam GPS adalah mesra parti, dan kelak ia akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi mengenai calon yang akan bertanding kelak.

“Sudah tentu empat parti dalam GPS akan berbincang mengenainya bagi menentukan calon dan apa yang penting, calon yang boleh menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai bagaimana pembahagian kerusi melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili calon langsung Barisan Nasional (BN) pada 2016 yang kini telah menyertai PBB.

Antaranya penyandang yang bertanding atas tiket calon langsung dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak termasuk Datuk Dr Jerip Susil (Mambong), Datuk Rosey Yunus (Bekenu) dan Tan Sri William Mawan Ikom (Pakan).

Pada ketika itu, krisis politik melanda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang menjurus kepada penubuhan Parti Tenaga Kerja Sarawak (TERAS) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) atau kini lebih dikenali sebagai Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Meskipun belum menyertai BN pada ketika itu, UPP dan TERAS menyatakan pendirian yang mesra-BN, tetapi SUPP dan SPDP (kini PDP) menegaskan kerusi itu adalah hak mereka.

Bagaimanapun krisis itu berjaya diselesaikan oleh bekas ketua menteri yang juga pengerusi BN Sarawak, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem yang memutuskan calon bertanding atas tiket calon langsung BN.

Keputusan PRN11 Sarawak menyaksikan kesemua kerusi bagi calon langsung BN menang di 12 daripada 13 DUN kecuali Pujut (DAP).

Untuk rekod gabungan GPS dianggotai oleh Parti PBB, SUPP, PDP dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.