nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia komited lindungi kanak-kanak – PM

17 NOV: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan perlindungan terhadap kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama semua pihak di Malaysia.

Beliau berkata, dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini selaras falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) 1995 dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak.

“Dalam hal ini, Malaysia berpegang teguh dengan matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang menjadi agenda global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), supaya tiada kanak-kanak terpinggir dalam pembangunan negara dan mereka berhak hidup dengan selamat serta gembira,” katanya berucap pada sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia anjuran Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Bangunan Parlimen, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun; Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan wakil UNICEF ke Malaysia serta Wakil Khas ke Brunei, Dr Rashed Mustafa Sarwar.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Malaysia sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam menangani isu global berkaitan kanak-kanak.

“Marilah kita berikrar untuk melindungi anak-anak kita daripada amalan memudaratkan dan diskriminasi, kerana mereka adalah bunga-bunga taman Allah SWT,” katanya.

Tambahnya, kerajaan sentiasa melindungi semua kanak-kanak di negara ini tanpa mengira kewarganegaraan, bangsa, agama, kelahiran atau status.

“Keperluan kanak-kanak perlu diambil kira terutama kumpulan kanak-kanak rentan termasuk kanak-kanak pelarian.

“Sejak sekian lama, Malaysia kekal komited berhubung hal penahanan kanak-kanak di negara ini,” jelasnya.

Beliau berkata, pandemik COVID-19 yang melanda dunia juga mengakibatkan perubahan besar terhadap sosioekonomi di seluruh dunia namun wabak itu tidak harus menggoyahkan usaha memberi perlindungan dan kesejahteraan kepada kanak-kanak.

Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu, selaras konsep Keluarga Malaysia dan pelantikan Malaysia menduduki kerusi di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), kerajaan komited memberi perlindungan kepada kanak-kanak, terutama kanak-kanak golongan rentan, mangsa keganasan seksual dan keganasan rumah tangga.

Menurutnya, antara Jun 2020 hingga Ogos lalu, sebanyak 1,721 kes keganasan seksual terhadap kanak-kanak direkodkan dan 2,162 kes aktif dan sedang dalam perbicaraan.

“Kerajaan tegas dalam memperkukuhkan rangkaian penuh hak semua kanak-kanak di bawah bidang kuasa Malaysia dan meningkatkan kerjasama dengan pelbagai sektor serta antara agensi, termasuk pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan antarabangsa di bawah PBB.

“Kita juga tidak lupa kepada perlindungan kanak-kanak dalam tahanan. Malaysia memberi komitmen menangani isu ini dengan penubuhan program Alternatif untuk Penahanan (ATD) selepas kerajaan menjadi anggota UNHRC,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.