nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Skim KWSP ditambah baik bantu cukupkan simpanan persaraan

24 NOV: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melaksanakan penambahbaikan berterusan ke atas Skim KWSP bagi membantu ahli meningkatkan kecukupan simpanan persaraan.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah berkata, antara langkah tersebut ialah Pengeluaran Umur 55 Tahun dan Pengeluaran Umur 60 Tahun yang lebih fleksibel di mana ahli boleh membuat pilihan bayaran pengeluaran sama ada secara sekali gus, bulanan, dividen tahunan sahaja atau apa-apa amaun pada bila-bila masa.

“Ini bertujuan untuk menggalakkan ahli memilih bayaran pengeluaran secara berkala atau bulanan.

“Dengan ini, simpanan ahli akan terus menerima dividen tahunan dan dapat bertahan dengan lebih lama,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) berhubung pelan strategi Kementerian untuk menyokong keselamatan persaraan rakyat yang semakin kecil berikutan kebenaran pengeluaran wang KWSP dalam pelbagai skim di bawah pakej rangsangan ekonomi.

mohd shahar abdullah
MOHD SHAHAR

Mohd Shahar menambah, KWSP turut memberikan tempoh tanggungan mencarum iaitu ahli dan majikan wajib mencarum sehingga umur 75 tahun, sekiranya ahli masih bekerja.

Selain itu, katanya, bagi menggalakkan ahli terus kekal aktif bekerja dan majikan mengambil pekerja berumur 60 tahun dan ke atas, KWSP tidak mengenakan apa-apa caruman kepada pekerja, manakala, majikan diwajibkan mencarum hanya sebanyak 4%.

KWSP juga menurutnya, telah memperkenalkan i-Saraan bagi membolehkan golongan yang bekerja sendiri atau mereka yang tiada pendapatan tetap mencarum secara sukarela kepada KWSP.

“Sebagai insentif, Kerajaan menyumbang 15% daripada caruman, tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun.

“I-Suri diperkenalkan bagi bertujuan untuk menjaga kebajikan golongan wanita khususnya suri rumah, dengan matlamat menyediakan simpanan untuk kegunaan hari tua.

“KWSP juga akan memperkenalkan pengeluaran baharu pada tahun ini untuk membolehkan ahli membeli produk insurans atau takaful, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021,” katanya.

Langkah-langkah lain, Mohd Shahar berkata, KWSP menyediakan khidmat nasihat secara percuma berhubung perancangan dan pengurusan simpanan persaraan melalui Retirement Advisory Service (RAS) sejak tahun 2014.

Tambahnya, Belanjawanku telah dilancarkan iaitu satu panduan perbelanjaan minimum bulanan atas kategori dan perkhidmatan untuk pelbagai isi rumah untuk membantu perancangan perbelanjaan peribadi dan keluarga.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PKR-Pasir Gudang) berkaitan pengeluaran RM101 bilion bagi I-Sinar, I-Lestari dan I-Citra apakah memberi kesan terhadap pulangan pelaburan strategik KWSP dan berapakah unjuran dividen kepada pencarum pada tahun ini?

Mohd Shahar berkata, ia tidak menjejaskan pasaran kewangan domestik menerusi Strategic Aset Allocation (SAA) bagi menampung pengeluaran sepanjang tempoh tersebut manakala dividen akan diketahui apabila tamat tahun 2021 dan akan diumumkan pada tahun depan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.