nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPI tidak mustahil dicapai dengan kerjasama Menteri, penjawat awam

9 DIS : Sasaran penuh Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tidak mustahil untuk dicapai jika seluruh ahli Jemaah Menteri dengan kerjasama penjawat awam menggembleng tenaga dan memberi khidmat yang terbaik serta berkesan, dengan mengetepikan segala karenah birokrasi yang rumit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, biarpun sesetengah prestasi tidak boleh dinilai daripada kaji selidik semata-mata, justeru pencapaian berkenaan bukan alasan untuk menteri dan kementerian mendabik dada tetapi ia sebagai penyuntik kesungguhan untuk terus bekerja bersama rakyat.

“Kerajaan membuktikan pelaporan 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) bukan sesuatu yang diperbesar-besarkan, sebaliknya memberi impak dan manfaat kepada rakyat.

“Ia dapat dilihat melalui pencapaian di bawah enam teras utama ditetapkan di bawah AKM iaitu menstruktur semula ekonomi, menjamin keselamatan dan ketenteraman negara dan meningkatkan kesejahteraan sosial.

“Pelaporan pencapaian 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia ini penting dalam menentukan hala tuju dan momentum kerajaan untuk mencapai matlamat supaya Keluarga Malaysia dapat menikmati kehidupan yang lebih baik,’ katanya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan replika cek kepada salah seorang anak yatim yang kehilangan ibu bapa mereka akibat COVID-19 sumbangan daripada Yayasan Keluarga Malaysia di program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah barisan Menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Kata Ismai Sabri, prestasi keseluruhan KPI 100 hari Jemaah Menteri mencapai tahap 90 peratus.

Katanya lagi, beliau memuktamadkan AKM 100 Hari pada 24 September lalu, yang diukur berdasarkan Perkhidmatan Teras Kementerian (50 peratus), Penilaian Prestasi Menteri (25 peratus) dan Persepsi Awam (25 peratus) terhadap menteri serta kementerian.

“Sebanyak 140 sasaran ditetapkan untuk dilaksanakan sepanjang tempoh 100 hari itu, membabitkan 31 menteri daripada lima kluster iaitu kluster Menteri Kanan, ekonomi, sosial, keselamatan dan infrastruktur.

“Seramai 190,914 ahli Keluarga Malaysia terbabit dalam tinjauan soal selidik oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk menilai pencapaian Jemaah Menteri dan kementerian.

“Saya juga berterima kasih kepada Keluarga Malaysia atas pencapaian ini. Prestasi yang saya maklumkan, bukan hanya memberikan tumpuan kepada KPI semata-mata, tetapi juga mengambil kira persepsi Keluarga Malaysia melalui tinjauan soal selidik yang diberikan.

“Pembabitan Keluarga Malaysia dalam menilai kepimpinan, integriti, komunikasi, kebolehpercayaan, responsif dan empati setiap Jemaah Menteri dan kementerian amatlah dihargai,” ujarnya.

Menurut Ismail Sabri, usaha berkenaan adalah permulaan yang bersejarah kerana penilaian 360 darjah buat kali pertama dilaksanakan untuk menilai pencapaian kerajaan.

Beliau berharap, lebih ramai lagi Keluarga Malaysia memberikan pandangan melalui pelbagai mekanisme penambahbaikan, bagi memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap di program program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

100 Hari AKM adalah matlamat yang ditetapkan Perdana Menteri semasa ucapan pembentukan Kabinet baharu yang diterajuinya pada 27 Ogos lalu.

AKM diketengahkan kerajaan sebagai satu manifestasi bagi memastikan budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan penjawat awam supaya penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan baik, demi menjaga kepentingan serta kesejahteraan rakyat terutama dalam menghadapi tempoh pasca COVID-19.

Sebanyak 26 kementerian dan lima agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) menetapkan aspirasi dalam tempoh 100 hari serta pencapaian prestasi seluruh Jemaah Menteri, yang dibuat berdasarkan KPI.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.