nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Afghanistan dapat derma AS$280 juta

11 DIS: Penderma antarabangsa bersetuju menyerahkan AS$280 juta (RM1.18 bilion) sebagai bantuan kepada Afghanistan yang berdepan kekurangan makanan “akut” pada musim sejuk ini.

Bank Dunia dalam satu kenyataan berkata, dana daripada Tabung Amanah Pembinaan Semula Afghanistan (ARTF) akan digunakan bagi memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Afghanistan.

Menurutnya, dana itu akan disalurkan kepada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Program Makanan Sedunia (WFP), yang memiliki kapasiti logistik di Afghanistan.

“Dana itu bagi menampung jurang pembiayaan dalam program sedia ada untuk menyampaikan perkhidmatan kesihatan dan pemakanan terus kepada rakyat Afghanistan.

“UNICEF ​​akan menerima AS$100 juta (RM421.25 juta) untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan penting, dan WFP akan menerima AS$180 juta, (RM758.25 juta),” katanya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berulang kali memberi amaran Afghanistan berada di ambang krisis kemanusiaan terburuk di dunia. 

Kira-kira 22 juta atau lebih separuh rakyat Afghanistan akan menghadapi kekurangan makanan “akut” pada musim sejuk ini yang memaksa mereka memilih antara penghijrahan atau kebuluran.

Ia susulan gabungan kesan kemarau akibat pemanasan global dan krisis ekonomi, yang diburukkan lagi oleh keputusan masyarakat antarabangsa membekukan pembiayaan kepada negara bergantung kepada bantuan selepas pengambilalihan Taliban pada Ogos lalu, dengan keputusan itu disifatkan PBB dalam laporan baru-baru ini, sebagai “kejutan fiskal tidak pernah berlaku sebelum ini.”

Washington membekukan kira-kira AS$10 bilion (RM42.13 bilion) rizab negara itu, manakala Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa menghentikan akses pembiayaan kepada Afghanistan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.