nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan luluskan RM28.6 juta Bantuan Khas COVID-19

13 DIS: Kerajaan telah meluluskan permohonan Bantuan Khas COVID-19 yang dikelolakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebanyak RM28.6 juta sehingga 6 Disember lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid berkata, dalam tempoh tersebut, pihaknya menerima sebanyak 65,189 permohonan dan sebanyak 55,184 permohonan telah diproses dengan 22,336 telah diluluskan.

“Bagi Bantuan khas Pengurusan Kematian pula sebanyak 24,305 permohonan telah diterima, sebanyak 14,818 permohonan telah diproses  dan 11,816 diluluskan membabitkan peruntukan sebanyak RM56.8 juta,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawapan Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berkenaan statistik terkini permohonan dan kelulusan Bantuan Khas COVID-19 dan Bantuan Pengurusan COVID-19 di bawah pengurusan NADMA.

MASTURA

Selain itu beliau turut menanyakan jumlah peruntukan kerajaan untuk dua bantuan tersebut bagi tahun 2022 dan langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan kadar permohonan.

Menjawab persoalan tersebut, Mastura memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus bantuan berkenaan pada tahun 2022 daripada kerajaan.

Ini kerana, katanya, bantuan tersebut menggunakan Tabung COVID-19 NADMA yang menerima sumbangan daripada orang ramai, entiti korporat, institusi diraja dan anggota pentadbiran.

“Sehingga kini, kerajaan telah memberi sumbangan awal sebanyak RM61 juta dan sekiranya berlaku gelombang seterusnya kerajaan akan menambah dana jika baki tabung tidak mencukupi untuk membuat bayaran,” jelasnya.

Menjawab soalan tambahan Poay Tiong berkaitan jumlah permohonan lebih rendah berbanding kes sebenar COVID-19 adakah disebabkan kesukaran memohon atau kurang publisiti, Mastura berkata pihaknya telah mengadakan permohonan secara dalam talian dan dari segi publisiti adalah banyak termasuk melalui media perdana serta media sosial.

“Antara perkara yang membuatkan pemohon tidak layak atau lewat bagi permohonan Bantuan Khas COVID-19 sebanyak RM5,000 termasuklah pemohon bukan warganegara dan permohonan tidak lengkap.

“Untuk Bantuan Khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari pula, pemohon bukan warganegara dan tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian selain mempunyai pendapatan atau gaji ketika menerima rawatan itu,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.