nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peruntukan RM12.63 juta untuk pembangunan industri halal

13 DIS : Dalam usaha memperkukuhkan pembangunan industri halal negara, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM12.63 juta untuk industri tersebut, demikian kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong.

Menurutnya, jumlah peruntukan itu merangkumi projek bawah seliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak RM3.9 juta (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi RM5.1 juta (empat projek pembangunan) dan Jabatan Perdana Menteri RM3.63 juta (tiga projek pembangunan).

Katanya lagi, selain itu, pembangunan industri halal akan dilonjakkan melalui Pelan Induk Industri Halal 2030 yang menggariskan tujuh teras strategik, dengan memberi tumpuan kepada penghasilan produk dan perkhidmatan bermutu tinggi di sepanjang rantaian bekalan halal.

Datuk Lim Ban Hong

“Langkah dan usaha ini dijangka meningkatkan sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus dan menjana pendapatan eksport sebanyak RM56 bilion pada 2025 berbanding 6.6 peratus dan RM30.5 bilion pada 2020,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) berhubung projek dan program untuk meningkatkan daya saing industri halal bagi merebut peluang pasaran halal yang lebih besar.

Ban Hong berkata, projek pembangunan industri halal yang dijalankan bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk mempertingkatkan industri halal merangkumi Pembangunan Kompentensi Modal Insan dan Pengetahuan Sektorial Halal, ‘Halal Home Grown Champion-Sourcing Partnership’, ‘Malaysia Global Halal Show: Bridging Halal Markets’ dan Program Latihan Industri Halal.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.