nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan alu-alukan usaha sektor perbankan bantu pemimjam

16 DIS : Kerajaan mengalu-alukan usaha sektor perbankan yang terus menyokong dan membantu peminjam yang menghadapi masalah kewangan bagi penstrukturan semula pinjaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kerajaan mengambil maklum usaha sektor perbankan yang tidak terlalu cepat mengambil jalan mudah untuk terus meletakkan mereka yang benar-benar menghadapi kesulitan di dalam senarai hitam peminjam atau senarai muflis.

“Bank-bank diminta supaya terus membantu peminjam-peminjam yang yang menghadapi kesulitan kewangan untuk membayar semua pinjaman mereka dan menangguhkan tindakan undang-undang terhadap peminjam yang gagal membayar balik hutang.

“Peminjam yang masih memerlukan bantuan disarankan untuk segera menghubungi bank masing-masing bagi membincangkan pilihan penstrukturan dan penjadualan semula yang bersesuaian.

“Walaupun kadar muflis telah berkurangan sebanyak 50 peratus selepas sektor ekonomi mula dibuka secara berperingkat sejak Oktober lalu, namun ekonomi Malaysia akan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya,” ujarnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Sehubungan itu, kata Ismail Sabri lagi, peminjam yang baharu atau masih sukar mendapat pekerjaan, terutamanya golongan B50, wajar disokong sebaik mungkin sehingga mereka mampu berdiri teguh semula bagi memastikan kelangsungan hidup.

Tambahnya, dalam masa yang sama, Kerajaan melalui Jabatan Insolvensi Malaysia juga telah meningkatkan nilai ambang kebankrapan kepada RM100,000.

“Ini dilakukan untuk memberi perlindungan kepada mereka yang mungkin masih tidak dapat bertahan dari segi kewangan akibat kesan pandemik.

“Peruntukan ini dibuat berdasarkan Akta Insolvensi (1967), dan Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (2020),” jelasnya.

Dalam menyokong peminjam dari golongan B50, kata Perdana Menteri, seperti mana yang telah diumumkan pada 13 Oktober 2021, industri perbankan bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sedang giat melaksanakan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) bagi peminjam B50 yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Kerajaan mengambil maklum bahawa masih ramai rakyat, terutamanya di dalam golongan B40, yang masih memerlukan sokongan. Sehubungan itu, di bawah Bajet 2022, usaha Kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat adalah menyeluruh dan merangkumi pelbagai inisiatif.

“Ini termasuk peruntukan sebanyak RM8.2 bilion bagi Bantuan Keluarga Malaysia; RM2.4 bilion bagi bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat; RM450 juta bagi bantuan awal persekolahan; RM400 juta bagi rancangan makanan tambahan termasuk bekalan susu harian bagi anakanak miskin; RM450 juta untuk inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia; dan RM4.8 bilion bagi program JaminKerja dan Latihan MySTEP bagi menyediakan 600,000 peluang pekerjaan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, Kerajaan juga menitikberatkan perlindungan sosial bagi golongan B40 dan sehubungan itu, menerusi Bajet 2022, di antara penambahbaikan inisiatif perlindungan sosial termasuk kemudahan baucar perlindungan Tenang yang dinaikkan kepada RM75; meneruskan Elaun Mencari Pekerjaan tambahan.

“Ini termasuk meningkatkan siling gaji yang diinsuranskan daripada RM4,000 kepada RM5,000 untuk menambah baik liputan keselamatan sosial bagi 9 juta pekerja yang dilindungi oleh PERKESO.

“Memandang ke hadapan, Kerajaan juga telah mengaktifkan semula Majlis Perlindungan Sosial (MySPC) yang sedang giat membentuk dasar keselamatan sosial yang komprehensif dan bersepadu bagi jangka masa panjang,” katanya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.