nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jadikan politik sebagai medan perpaduan, bukan punca perpecahan

18 DIS : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua pihak agar tidak menjadikan wadah politik sebagai medan perpecahan, sebaliknya menjadikan politik sebagai satu mekanisme perpaduan rakyat di negara ini.

Menurutnya, perkara ini merupakan suatu cabaran besar yang perlu dihadapi oleh bukan sahaja para pemimpin tetapi juga Keluarga Malaysia bagi memastikan kestabilan negara terus terjamin.

“Perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini telah sekian lama terjalin dengan perasaan muhibah dan harmoni.

“Maka tidak hairanlah Malaysia telah lama menjadi model dan contoh kepada masyarakat lain di dunia kerana kita telah berjaya menyatukan semua kaum melalui perkongsian kuasa dan berupaya kekal hidup dengan aman damai melalui sikap toleransi yang amat tinggi.

“Bagaimanapun disebabkan perbezaan pegangan politik, ia kadangkala menjadi punca kepada perpecahan sedangkan politik sewajarnya menjadi wadah kepada penyatuan.

“Kepentingan peribadi dan pegangan politik akhirnya menerbitkan bibit-bibit permusuhan yang boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan keluarga Malaysia,” ujarnya.

Ucaptama beliau dalam program webinar Majlis Perasmian Kongress Perpaduan Negara di Bangunan Perdana, Putrajaya hari ini disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad.

Tegas Ismail Sabri, sekiranya negara berada dalam keadaan tidak stabil, maka akan muncul pihak-pihak luar mahupun dalaman yang akan mengambil kesempatan dengan niat untuk terus menggugat perpaduan yang telah sedia terjalin selama ini.

‘Lantaran itu sewaktu saya mengambil alih pentadbiran, kerajaan mengambil langkah menandatangani Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September lalu, bagi membolehkan semua pihak dalam Keluarga Malaysia tanpa mengira fahaman politik, bersatu padu untuk bersama-sama berganding bahu menghadapi krisis berkembar kesihatan dan ekonomi,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ismail Sabri menyifatkan Kongres Perpaduan Negara yang dianjurkan bersama Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai suatu inisiatif yang sangat murni.

Katanya, kongres seperti ini wajar dicontohi oleh semua pihak bagi mengukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum demi kesejahteraan rakyat serta kestabilan negara ini seluruhnya.

“Ia amat sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan kerajaan agar keharmonian antara agama dan bangsa yang pelbagai dapat dijaga. Ia juga boleh menjadi paltfom untuk mencari satu mekanisme terbaik bagi menangani isu-isu perkauman dan perpaduan, sesuai dengan situasi semasa dan cabaran yang dihadapi kini.

“Saya difahamkan Kongres Perpaduan Negara yang dijalankan secara webinar selama dua hari ini disertai lebih 1,000 peserta yang terdiri daripada para ilmuan, tokoh masyarakat, agamawan dan siswa daripada dalam serta luar negara termasuk dari Mesir.

“Menerusi kongres seperti ini, kerajaan berharap ia mampu menjadi satu platfom terbaik bagi percambahan ilmu serta pemikiran yang merentasi agama, akademik dan kepakaran bagi menilai semula aspek perpaduan di negara ini,” katanya lagi.

Ismail Sabri juga menasihati rakyat di negara ini sebagai sebuah Keluarga Malaysia perlu sentiasa hormat menghormati dan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan sensitif terhadap sesuatu kaum.

“Elakkan punca yang boleh meruntuhkan perpaduan seperti fitnah, khabar angin, buruk sangka, tapis dan selidiki perkhabaran terlebih dahulu sebelum diterima dan menghargai nilai perpaduan,” ujarnya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.