nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Henti tuduh-menuduh, fokus bantu mangsa banjir

26 DIS: Kenyataan Saari Sungib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang mendakwa bahawa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lewat bertindak menguruskan banjir yang melanda Lembah Klang adalah tidak benar serta tak berasaskan fakta.

Lagi-lagi dalam fasa pascabanjir di mana semua perlu bekerjasama menolong mangsa-mangsa banjir, kenyataan beliau seolah-olah ingin melepaskan tangan dan hanya ingin tuding jari kepada pihak lain tanpa mengambil apa-apa tanggungjawab bagi diri sendiri.

Seperti yang saya sebut dalam posting sebelum ini, banyak pihak yang giat berikhtiar sebaik mampu, namun ia tidak sempurna dan kekurangan itu wujud.

Ahli politik dan pihak berkuasa perlu terbuka menerima kritikan daripada rakyat. Tetapi sekarang ini masanya untuk kita sebagai pengamal politik yang diberikan amanah dan tanggungjawab memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.

Bukan menaikkan kemarahan rakyat dan tuduh-menuduh. YAB Perdana Menteri tidak lewat dalam bertindak, malah telah bertindak seperti berikut:

Ismail Sabri (dua dari kiri) ketika melawat mangsa banjir di Selangor baru-baru ini.

1. Tuduhan PM lambat bertindak. Pada Hari Jumaat, 17/12/2021. Agensi Pengurusan Bencana telah beri taklimat mengenai taburan hujan yang jarang berlaku hingga menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir.

Sehabisnya taklimat tersebut, YAB Perdana Menteri mengarahkan segala Kementerian berkaitan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Kesihatan untuk menggerakkan aset bagi tujuan operasi menyelamat, mengurus, dan menyelaras di semua kawasan.

Kawasan saya sendiri Kuala Langat, sudah bersedia untuk menerima mangsa semenjak pagi hari Sabtu 18/12/2021 dan anggota Angkatan Relawan Awam Malaysia (RELA), KKM, serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah pun mula menguruskan mangsa-mangsa banjir. YAB Perdana Menteri telah mula bertindak selepas hujan menunjuk trend taburan berterusan.

2. Tuduhan Perdana Menteri tidak buat apa-apa. Untuk makluman Saari , Sabtu malam, Perdana Menteri bergegas ke pusat kawalan Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menyelaras tugasan dan tindakan yang perlu diambil bagi menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

Ini disusuli, dengan lawatan ke Bukit Lanchung di Putra Heights memastikan agar aset-aset kerajaan segera memindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS). Pagi ahad pula, Perdana Menteri ke Telok Gong, Klang bagi melawat mangsa-mangsa banjir di Klang, beliau terus mengarahkan JKM agar memberi segala kemudahan kepada mangsa-mangsa banjir.

Hari yang sama, Ahad 19/12/2021, Perdana Menteri terus umumkan pakej bantuan kepada mangsa banjir, ini termasuk: A. Peruntukan Awal RM100 juta untuk pemulihan infrastruktur pascabanjir. B. Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000. C. Geran padanan melalui GLC/GLIC sebanyak RM40 juta. D. Penempatan Anggota Kesihatan dan kemudahan asas di setiap PPS.

Tak adil untuk menuduh Perdana Menteri tidak buat apa-apa atau bertindak lambat. Segalanya telah digerakkan hari Jumaat 17/12/2021.3. Kenyataan Saari seolah-olah Perdana Menteri bertindak in ‘bad faith’ dan ‘mala fide’.

Tuduhan ini amat berat dan hujah yang digunakan oleh Saari iaitu Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor bukan MB Selangor. Untuk makluman YB Hulu Kelang, menunding jari tidak membina dan tidak produktif.

Saya tak mahu politikkan isu ini. Tetapi Negeri Pahang dilanda banjir yang paling teruk dalam sejarah. Meskipun begitu, keadaan terkawal kerana Menteri Besar Pahang bertindak awal dan telah pun bersedia untuk menghadapi banjir.

Malah, beliau sendiri meninjau semua kawasan yang dilanda banjir. Untuk makluman, seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Noh Omar sebelum ini, di Selangor yang menguruskan banjir bukan MKN, tetapi jawatankuasa pengurusan bencana.

Melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Kerajaan Negeri Selangor memiliki akses kepada aset-aset kerajaan seperti Tentera. Jawatankuasa ini dijawat oleh Ketua Polis Negeri, Panglima Tentera Negeri, dan Pegawai Daerah.

Berhenti tuduh-menuduh, Perdana Menteri serta Menteri Pertahanan beri komitmen kepada YAB MB bahawa bantuan dan aset kerajaan persekutuan akan dan sudah pun mula bergerak pada hari Sabtu 18/12/2021.

Ini dibuktikan oleh ciapan YB Menteri Pertahanan di mana beliau memuat naik gambar ATM telah pun berada di kawasan banjir semenjak tengah hari Sabtu. YB Hulu Kelang tidak perlu menjadi batu api mengajak mangsa-mangsa banjir saman Perdana Menteri.

Sekarang masanya untuk kita bertindak menguruskan fasa pascabanjir. Banyak rumah yang perlu dibersihkan, jalan yang perlu diturap semula, mangsa yang kita pastikan dapat bantuan daripada kerajaan.

Saya sarankan Saari teruskan beri khidmat yang terbaik kepada semua. Saya doakan segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT bagi mangsa-mangsa banjir. Kerajaan Persekutuan dan Parti UMNO akan terus memberi khidmat terbaik kepada semua yang terkesan. Insya-Allah. – SHAHRIL HAMDAN, Ketua Penerangan UMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.