nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mahkamah tolak rayuan Dr Zakir Naik kes saman fitnah

3 JAN : Perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan oleh penceramah bebas Dr Zakir Naik terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, SRaveentharan akan didengar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Ia susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak permohonan Dr Zakir untuk kebenaran merayu selepas membenarkan bantahan awal peguam Raveentharan iaitu Datuk T Tharumarajah, Kernail Singh dan Asmeeta Rajendran.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat berkata keputusan Mahkamah Rayuan pada Ogos tahun lalu adalah berdasarkan bantahan awal yang dikemukakan pada pendengaran rayuan itu dan Mahkamah Rayuan tidak meneruskan untuk mendengar merit rayuan itu.

“Oleh itu, usul kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan sekarang terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan itu adalah berdasarkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh responden (Raveentharan) di Mahkamah Rayuan,” katanya.

Beliau berkata kebenaran tidak boleh diberikan di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 kerana permohonan kebenaran merayu mestilah berkaitan dengan perkara di Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa asalnya.

Hakim Ong membenarkan bantahan awal itu dan menolak permohonan kebenaran merayu dengan kos RM30,000.

Pada 23 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Raveentharan untuk memindahkan kes saman itu ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, menyebabkan Dr Zakir memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun pada 13 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Dr Zakir selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh peguam Raveentharan berhubung ketidakpatuhan terhadap peruntukan mandatori Kaedah 18(6) Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 oleh bekas peguam cara (Dr Zakir) berkaitan rekod rayuan.

Beliau kemudian memfailkan permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.

Pada prosiding mahkamah hari ini yang dijalankan secara maya, Kernail Singh mengemukakan bantahan awal dengan mengatakan permohonan Dr Zakir untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan adalah tidak kompeten.

Beliau berhujah bahawa Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberikan kebenaran kerana persoalan undang-undang yang dibangkitkan tidak timbul daripada penghakiman atau perintah Mahkamah Rayuan berkenaan dengan kausa perkara yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam menjalankan bidang kuasa asalnya.

Kernail Singh berhujah Mahkamah Rayuan tidak mendengar rayuan Dr Zakir mengenai merit terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam menjalankan bidang kuasa asalnya, sebaliknya Mahkamah Rayuan mendengar bantahan awal.

Dalam erti kata lain, Mahkamah Rayuan mendengar bantahan awal dalam melaksanakan bidang kuasa asal Mahkamah Rayuan, tambahnya.

Peguam Dr Zakir, Datuk Sulaiman Abdullah yang hadir bersama Dr Rafie Shafie dan Datuk Akberdin Abdul Kader, berhujah bahawa Mahkamah Persekutuan perlu mendengar permohonan kebenaran merayu itu.

Beliau berkata individu yang mengemukakan bantahan awal harus menyatakan dengan lengkap apakah alasannya itu, tetapi dalam kes itu, Raveentharan tidak menyatakan apa-apa.

Pada 12 Disember 2019, Dr Zakir selaku plaintif memfailkan saman terhadap bekas ADUN itu atas dakwaan memuat naik lima kenyataan fitnah di Facebook antara 13 dan 17 Oktober tahun sama.

Plaintif memohon perintah daripada mahkamah supaya Raveentharan mengeluarkan lima kenyataan fitnah itu daripada laman sesawang, media sosial atau mana-mana medium yang berkaitan selain menuntut ganti rugi am, teruk, teladan dan pampasan, serta relif lain yang dirasakan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.