nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

58 lagi kes jangkitan Omicron dikesan

4 JAN : 58 lagi kes positif COVID-19 varian Omicron dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui jujukan genom penuh (WGS) yang dilakukan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), menjadikan jumlah jangkitan varian berkenaan di negara ini kini 122 kes .

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, daripada 58 kes yang dikesan itu, sebanyak 54 kes jangkitan import dari luar negara, manakala empat kes lagi adalah penularan tempatan.

“39 daripada 54 kes jangkitan import dikesan dalam kalangan individu yang pulang dari Arab Saudi; tujuh dari Emiriah Arab Bersatu (UAE); empat kes dari United Kingdom; dua kes dari Nigeria; dan masing-masing satu kes dari Kazakhstan dan Perancis.

“Empat kes penularan tempatan dipercayai mendapat jangkitan daripada seorang jemaah umrah yang positif COVID-19 varian Omicron,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, ujian jujukan genom penuh (WGS) ke atas sampel-sampel yang menunjukkan kemungkinan varian Omicron masih dijalankan dan KKM akan memaklumkan perkembangan terkini berhubungan pengesahan varian Omicron dari semasa ke semasa.

“Dengan keputusan terbaharu ini, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 yang dikesan varian Omicron di Malaysia sebanyak 122 kes.

“Daripada jumlah ini, 117 kes adalah jangkitan import dari luar negara, manakala lima kes lagi penularan tempatan,” ujarnya.

Katanya lagi, sebanyak 71 kes atau 58.2 peratus daripada keseluruhan kes varian Omicron yang dilaporkan membabitkan jemaah umrah.

Selain itu, beliau berkata, hasil ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan oleh IMR terhad 1,774 kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara yang tiba di Malaysia bagi tempoh 1 hingga 31 Disember 2021 mendapati 1,220 atau 68.8 peratus daripada sampel menunjukkan kemungkinan (presumptive) varian Omicron.

Daripada jumlah itu menurut Khairy, sebanyak 928 (76.1 peratus) membabitkan sampel pengembara yang tiba dari Arab Saudi.

Dalam pada itu, Khairy berkata, empat penularan tempatan varian Omicron yang dilaporkan hari ini, berlaku di Kedah.

“Keempat-empat kes adalah rapat kepada kes positif COVID-19 varian Omicron yang balik dari mengerjakan umrah di Arab Saudi pada 12 Disember lalu dan disahkan positif varian Omicron pada 24 Disember.

“Pendedahan kepada kes ini berlaku pada 13 Disember dan mereka mula bergejala dengan kategori 2 pada 17 Disember.

“Ujian RT-PCR COVID-19 yang dijalankan selanjutnya pada 19 Disember adalah positif dengan CT Value antara 20.80 hingga 21.49.

“Mereka diberi rawatan selama 14 hari di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah,” ujarnya.

Berikutan itu, Khairy berkata, KKM mengingatkan agar individu yang diarahkan menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman atau rumah untuk terus mematuhi arahan itu, kekal dalam bilik berasingan, dan tidak bertemu dengan ahli rumah atau individu lain.

Beliau berkata, kegagalan mematuhi arahan akan menyebabkan penularan jangkitan COVID-19, termasuk varian Omicron kepada ahli keluarga dan dalam masyarakat.

Beliau berkata, KKM menyarankan kepada individu yang layak menerima vaksin COVID-19 supaya mendapatkan dos penggalak bagi mencapai tahap perlindungan yang optimum serta mengelakkan jangkitan COVID-19 yang teruk serta komplikasinya

.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.