nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO Sabah pertimbang bertanding di PRK DUN Bugaya

16 JAN : UMNO Sabah akan meletak calon mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya jika pilihan raya kecil (PRK) di kerusi berkenaan diadakan dalam tempoh terdekat.

Hasrat itu dinyatakan ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin menerusi satu kenyataan hari ini, di mana pihaknya akan membuat pertimbangan termasuk dari segi sokongan rakyat sebelum membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut.

Walaupun UMNO tidak meletakkan calon ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September 2020, beliau berkata, parti itu masih berminat bertanding di kerusi yang pernah diwakili UMNO-BN itu.

“Pada PRN lalu, kita (BN) menyerahkan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk meletak calonnya, Daud Tampokon, tetapi tewas di tangan calon Parti Warisan (WARISAN), Manis Muka Mohd Darah,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Kata Bung lagi, ada kemungkinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan PRK Bugaya dalam tempoh terdekat berdasarkan situasi semasa penularan pandemik COVID-19 yang menyaksikan penurunan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata kekalahan calon BN, Datuk Abd Razak Sakaran yang bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bukan ukuran untuk BN tidak lagi meletak calon.

Tegasnya, UMNO tidak patah semangat untuk meneruskan usaha merampas semula kerusi berkenaan walaupun sedar WARISAN menguasai semua kerusi DUN dan Parlimen di Semporna disebabkan pengaruh Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Kita faham pengaruh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Presiden WARISAN ketika itu masih kuat, bagaimanapun dalam situasi sekarang penerimaan semula rakyat kepada BN semakin meningkat seperti dibuktikan dalam beberapa siri PRK, terkini pada PRN Melaka baru-baru ini,” katanya.

Bung Moktar berkata, UMNO mempunyai 180 cawangan di DUN Bugaya dan yakin sokongan padu ahli UMNO mampu membantu BN merampas semula kerusi berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.