2 FEB : Sebanyak 51.4 peratus atau 12,022,117 individu dewasa atau 51.4 peratus di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak COVID-19 setakat semalam.
Menerusi data di laman web COVIDNOW, sejumlah 22,925,383 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.1 peratus atau 23,202,227 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,788,724 individu atau 88.6 peratus daripada kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,867,902 individu atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 28,683 dos vaksin sudah diberikan semalam, membabitkan 210 dos pertama, 288 sebagai dos kedua dan 28,185 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,601,771 dos.