nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Thailand setuju laksana VTL udara, darat, laut

25 FEB : Malaysia dan Thailand bersetuju secara dasar untuk melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara, darat dan laut, bagi memudahkan pergerakan rakyat kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian dan agensi berkaitan akan mengadakan perbincangan bagi memperincikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan, demi membuka semula sempadan dalam masa terdekat melalui VTL dan skim ‘Test & Go’.

“Sebagai permulaan, kita boleh melaksanakan VTL-Udara antara Kuala Lumpur dan Bangkok bagi pengembara yang sudah lengkap vaksinasi. Kita juga akan mempertimbangkan untuk menambah destinasi lain pada masa akan datang.

“Skim VTL juga akan diperkembangkan untuk pembukaan sempadan darat melalui Bukit Kayu Hitam-Sadao, serta termasuk semua CIQ (kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin) di utara semenanjung dan Selatan Thailand, selain VTL-Laut antara Langkawi-Satun.

“Ini sudah tentu akan membantu memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan kedua-dua pihak, terutamanya untuk sektor pelancongan,” katanya pada sidang media bersama selepas mesyuarat terhad bersama Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha.

Ismail Sabri kini dalam lawatan rasmi tiga hari sejak semalam ke Thailand atas jemputan Prayuth. Ia sebahagian lawatan pengenalan ke negara Asia Tenggara sejak beliau dilantik Perdana Menteri pada Ogos 2021.

Dalam perjumpaan bersama Prayuth, Ismail Sabri berkata kedua-dua perdana menteri turut membincangkan pembinaan jambatan persahabatan kedua merentasi Rantau Panjang-Sungai Golok, selain jambatan baharu untuk Pengkalan Kubor-Tak Bai disegerakan.

“Kami berdua bersetuju agar agensi berkaitan dapat menyegerakan pembinaan projek-projek ini bagi kelancaran pergerakan rakyat dan barang antara kedua-dua negara,” katanya.

Ismail Sabri berharap beliau dapat bekerjasama rapat dengan Prayuth, bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala yang akrab ini ke tahap lebih tinggi.

“Sebagai negara jiran terdekat, penting bagi Malaysia dan Thailand menjalin kerjasama lebih aktif di pelbagai peringkat, di samping meneroka bidang kerjasama baharu, terutamanya dalam usaha pemulihan kesan pandemik COVID-19,” katanya.

Berhubung isu serantau, Ismail Sabri berkata beliau dan Prayuth turut membincangkan situasi di Myanmar.

“Kami bersetuju bahawa penting bagi ASEAN untuk terus memainkan peranan positif dan konstruktif dalam mencari solusi aman dan berkekalan demi kepentingan Myanmar dan juga komuniti ASEAN.

“Kami berkongsi pandangan sama bahawa penting bagi Myanmar untuk bekerjasama dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara dan keperluan untuk memelihara kredibiliti serta integriti ASEAN. Kami berharap demokrasi akan dapat kembali di Myanmar,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri turut menzahirkan sokongan padu Malaysia kepada Prayuth untuk Kepengerusian Thailand bagi APEC 2022.

“Saya berharap untuk dapat datang semula ke Thailand bagi menghadiri Sidang Kemuncak APEC pada akhir tahun ini,” katanya.

Malaysia dan Thailand menjalin hubungan diplomatik selama 65 tahun sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.