nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

10 pemaju perumahan dikompaun, penalti

2 MAC: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengeluarkan sebanyak 10 kompaun dan penalti terhadap pemaju yang gagal mematuhi garis panduan pembinaan perumahan di kawasan berisiko tinggi sehingga 15 Februari lalu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, berkata tindakan penguatkuasaan terhadap pemaju itu meliputi kompaun dan penalti oleh PBT, masing-masing dua kes di Perak, Pahang, dan Pulau Pinang manakala Selangor (4).

“PBT di Pulau Pinang akan mengenakan kompaun dan mengeluarkan Notis Berhenti Kerja serta Surat Tunjuk Sebab kepada pemaju yang ingkar manakala PBT di Selangor pula akan mengenakan kompaun kepada pemaju ke atas syarat kelulusan Kebenaran Merancang (Borang C1) yang diberikan termasuk syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Sensitif Alam Sekitar (JKSAS).

“PBT di  Negeri Kedah, Perak dan Pulau Pinang juga mengadakan audit berkala terhadap Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi pemajuan pembinaan perumahan di kawasan berisiko tinggi,” katanya.

Beliau menjawab soalan lisan Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) berkaitan penguatkuasaan pematuhan garis panduan oleh pemaju terhadap pembinaan perumahan di kawasan berisiko tinggi di Dewan Rakyat hari ini.

MOHD KHAIRUDDIN

Mengulas lanjut, beliau berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan aspek penguatkuasaan pematuhan garis panduan oleh pemaju terhadap pembinaan perumahan di kawasan berisiko tinggi di bawah Seksyen 85A, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] yang diwartakan sebagai Akta A1588.

Seksyen itu, jelasnya melibatkan penguatkuasaan pemeriksaan bangunan dan cerun secara berkala untuk mengesahkan keselamatan bangunan dan kestabilan cerun.

“Pemeriksaan perlu dijalankan setiap 10 tahun bagi bangunan melebihi lima tingkat dan setiap lima tahun bagi cerun melebihi 25 darjah dengan ketinggian menegak melebihi 10 meter.

“Pemaju perlu mematuhi syarat-syarat peringkat permohonan kelulusan pelan pemajuan yang telah ditetapkan di dalam Manual OSC 3.0 Plus, terutamanya di kawasan berisiko tinggi seperti Laporan Environmental Impact Assessment (EIA), Ulasan Teknikal Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan sebagainya.

“Manual OSC 3.0 Plus telah digunakan oleh 98 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia sejak tahun 2020 sebagai inisiatif Kerajaan untuk menyelaraskan dan menyeragamkan prosedur kelulusan pelan pemajuan di sektor pembangunan,” katanya.

Ismail berkata, selain itu, pelbagai Garis Panduan berkaitan perancangan dan pengurusan pembangunan bagi rujukan PBT telah disediakan oleh KPKT dan Agensi Teknikal.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.