nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ribuan kenderaan tenggelam di Lembah Klang

7 MAC: Beberapa kawasan sekitar Lembah KIang termasuk ibu negara dilanda banjir kilat menyebabkan ribuan kenderaan ditenggelami air dan menjejaskan puluhan rumah.

Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang ini mengakibatkan beberapa laluan termasuk Besraya Expressway membabitkan laluan dari pusat bandar ke Salak Selatan, dari Kuchai ke Salak Jaya dan Kampung Malaysia ke Kuchai ditenggelami banjir.

Hujan lebat di Lembah Klang turut mengakibat pokok tumbang dan menghempap kenderaan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam Facebooknya menyatakan di Lebuhraya Kesas , banjir menyebabkan empat lorong terhalang di Plaza Tol Awan Besar arah Barat serta hanya satu lorong boleh dilalui di KM48.3 arah Timur menuju ke persimpangan Sukom.

Banjir yang melanda menyaksikan ribuan kereta yang letakkan di parkir terbuka dan bawah tanah dalam bangunan sekitar ibu kota ini turut ditenggelami banjir.

Banjir kilat juga mengakibatkan penutupan sementara laluan di Terowong SMART membabitkan laluan masuk terowong dari Taman Desa dan Cheras menghala ke pusat bandar serta susur keluar terowong dari pusat bandar menghala ke Cheras.

Sementara itu, beberapa kawasan di Selangor turut termasuk Kampung Gombak Batu Arang, Kampung Melayu Kundang Batu Arang, Kampung Melayu Sungai Serai Batu Arang, Kampung Gombak Kuang, Bandar Baru Sungai Buloh dan Kampung Melayu Sungai Buloh.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.