nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kekurangan tenaga kerja antara punca kelemahan NADMA

16 MAC : Isu rantaian perintah atau ‘Chain Of Command’ merupakan antara kelemahan ketara yang telah dikenal pasti dalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di dalam pelaksanaan mekanisma tindak balas bencana di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Yazid berkata, NADMA hanya mempunyai kakitangan bertugas di peringkat pusat dan tidak mempunyai kakitangan di peringkat daerah dan negeri kerana pada masa itu asas penubuhan NADMA adalah sebagai penyelaras semata-mata.

Menurutnya, struktur organisasi NADMA yang kecil dan hanya beroperasi di peringkat pusat iaitu 94 perjawatan pelbagai gred pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan dan tidak mempunyai kakitangan di peringkat negeri dan daerah, telah menyukarkan koordinasi dan penyampaian maklumat dua hala secara terus kepada agensi-agensi di lapangan.

“Keupayaan NADMA juga terbatas untuk menyelaras tindakan bencana di peringkat setempat yang melibatkan pelbagai pihak meliputi komuniti, badan-badan bukan kerajaan (NGO), kerajaan tempatan, pihak swasta dan sebagainya dalam usaha untuk mengarus perdanakan pengurangan risiko bencana kesiap siagaan, pemerkasaan komuniti dan pendidikan,” jelasnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan bin Arifin, apakah wujud keperluan mendesak mengenai cadangan mewujudkan Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 yang akan melibatkan tambahan perbelanjaan berbanding menambah baik fungsi kecekapan dan keberkesanan NADMA yang sedia ada.

Tambah Mastura, berhubung implikasi kewangan pula, buat masa ini, ia masih belum dikenal pasti dan hanya akan diketahui setelah cadangan penstrukturan semula dipersetujui melalui perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Datuk Mastura Yazid

Menjawab soalan susulan daripada Ahli Parlimen Rompin berhubung menjadikan negara luar sebagai model pengurusan bencana, Mastura berkata, langkah pengukuhan pengurusan bencana negara wajar mengambil kira praktikaliti di negara lain yang mempunyai mekanisme pengurusan bencana yang hampir sama.

Jelasnya, antara negara jiran yang digunakan contoh dalam pengurusan bencana antaranya ialah Filipina dan Indonesia sebagai tanda aras dalam menstrukturkan semula NADMA.

“Berikut adalah perbandingan perjawatan dalam National Disasater Management Office (NDMO) di negara-negara tersebut di mana National Disaster Risk Reduction Management Council (NDRRMC) Filipina mempunyai 900 orang pegawai dan pegawai sokongan.

“Di Indonesia pula, Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) mempunyai seramai 630 pekerja tidak termasuk 33 cawangan BNPB di peringkat negeri dan 12 cawangan di daerah-daerah negara itu.

“Model tadbir urus pengurusan bencana di bawah satu agensi menjadi amalan kebanyakkan negara. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebanyak 140 buah negara mempunyai agensi pengurusan bencana masing-masing.

“Namun Malaysia masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan aspek bilangan pegawai dan pakar di dalam NADMA serta pasukan mekanisme perundangan perlu ada untuk memastikan supaya semua dasar pewartaan undang-undang meliputi pengurusan dan pengurangan risiko bencana tidak saling bercanggah bagi mengelakkan pertikaian undang-undang,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.