nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengangkutan awam rentas Malaysia-Singapura dibenarkan operasi 1 April

28 MAC : Perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam merentas sempadan antara Malaysia dan Singapura dibenarkan beroperasi semula mulai 1  April ini.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, kebenaran operasi tersebut terpakai kepada semua jenis kategori pengembara dan penggunaan semua jenis pengangkutan darat.

“Ia termasuk semua kelas kenderaan perkhidmatan awam rentas sempadan seperti bas henti-henti, bas ekspres, bas pelancongan, bas pekerja serta teksi rentas sempadan

“Oleh yang demikian, semua operator perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam dalam negara yang berkaitan boleh membuat persiapan ke arah memulakan semula operasi mereka termasuk memperbaharui semua permit atau lesen yang berkaitan, sama ada dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau dengan pihak berkuasa di Singapura.

“Namun, penyediaan atau permulaan perkhidmatan sebenar adalah tertakluk kepada kesediaan operator yang terlibat untuk memulakan operasi mereka semula kepada orang ramai,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak operator yang berkenaan mengenai status pengoperasian perkhidmatan rentas sempadan yang bakal disediakan.

Ka Siong menjelaskan, selaras dengan ketetapan semasa, pihak operator tidak perlu membuat sebarang pemeriksaan sebelum menaiki kenderaan bagi menyemak status vaksinasi penumpang.

“Operator atau pemandu kenderaan perkhidmatan awam juga boleh menolak daripada menyediakan perkhidmatan kepada mana-mana pengembara yang tidak mematuhi SOP kesihatan semasa seperti pemakaian pelitup muka.

“Adalah menjadi tanggungjawab pengembara untuk memastikan mereka telah mempunyai aplikasi MySejahtera yang sah di dalam telefon pintar dan memenuhi semua syarat-syarat pengembaraan yang telah ditetapkan.

“Kegagalan berbuat sedemikian akan menyebabkan tindakan boleh diambil kepada pengembara berkenaan termasuk dikenakan tindakan kompaun atau penalti di bawah undang-undang sedia ada yang berkaitan,” ujarnya.

Beliau turut memgingatkan semua operator kenderaan perkhidmatan awam untuk mematuhi semua SOP kesihatan sedia ada, termasuk menyediakan kod imbasan di dalam kenderaan perkhidmatan awam yang beroperasi.

Jelasnya, mana-mana pengembara yang akan menggunakan kenderaan motokar persendirian ke Malaysia pula perlu mendaftar dan mendapatkan permit kemasukan kenderaan asing (VEP) dengan melayari laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kenderaan yang telah berjaya mendaftar menurut Ka Siong lagi akan dibekalkan dengan tag RFID-VEP yang turut dilengkapi dengan aplikasi e-wallet Touch n Go bagi tujuan pembayaran Caj Jalan dan tol.

“Selain itu, semua kereta persendirian berdaftar Singapura juga dikehendaki membayar Caj Jalan (RC) (RM20 setiap kemasukan) apabila masuk ke Malaysia (melalui lintasan masuk di BSI dan KSAB).

“Bagi kenderaan yang telah didaftarkan dan dipasang dengan tag RFID VEP, pembayaran untuk RC boleh dibuat melalui e-wallet Touch n Go yang digabungkan dalam tag RFID.

“Kenderaan berdaftar Singapura yang masih belum didaftarkan dan dipasang dengan tag RFID VEP, pembayaran untuk RC masih boleh dibuat dengan menggunakan kad Touch n Go,” katanya.

Ka Siong juga menasihati semua pengembara yang memandu kenderaan persendirian pendaftaran Singapura agar memastikan kad Touch n Go masih sah dan mempunyai baki yang mencukupi dalam e-wallet atau kad Touch n Go mereka untuk membayar RC, bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan apabila memasuki Malaysia di BSI atau KSAB.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.