nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kenyataan Syed Saddiq bersifat provokatif

Saya amat kecewa dengan kenyataan yg dimuat naik di laman Facebook Syed Saddiq bertajuk “A Vision for language in Malaysia” sebagai seorang ahli Parlimen muda berbangsa Melayu.

1. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan.

2. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Kepentingannya sebagai bahasa ilmu yang menjadi medium pengajaran dan pembelajaran telah membawa kepada pewartaan Akta Pendidikan 1961 (Pindaan 1996).

3. Namun pada masa yang sama, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas menggunakan bahasa lain seperti Bahasa Mandarin oleh orang Cina dan Bahasa Tamil oleh orang India. Selain itu bahasa Inggeris masih mendominasi bahasa perdagangan dan perindustrian negara.

4. Jika ditelusuri sejarah, Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama termasuk di dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian sejak daripada pra-kemerdekaan lagi.

5. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia juga merupakan hasil persetujuan dan persepakatan oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini. Begitulah kukuhnya nilai permuafakatan di antara tokoh-tokoh terdahulu dan nilai inilah yang telah membina asas penyatuan dan kebersatuan yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia pada hari ini.

6. Maka, kerisauan YB Syed Saddiq berkenaan keputusan YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia untuk mencadangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN dalam usaha mengembalikan semula kegemilangan bahasa ibunda negara telah dianggap sebagai langkah untuk meraih sokongan bagi pilihanraya akan datang hanyalah polemik politik semata-mata.

7. Selaku Ahli Parlimen yang diundi oleh rakyat secara demokratik, YB Syed Saddiq seharusnya berpandangan jauh dengan menggunakan laras hujah yang membina, bukannya yang berunsur provokatif.

8. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mengunakan dan memartabatkan bahasa Melayu bukan sahaja di Malaysia malah di seantero dunia kerana ianya merupakan lambang jati diri warganegara dan sebagai lambang negara Malaysia di persada dunia.

9. Pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-76, kita dapat melihat utusan khas daripada Korea Selatan telah menyampaikan ucapan mereka menggunakan bahasa rasmi negara mereka.

10. Langkah yang diambil oleh utusan khas Korea Selatan ini bukan bermakna mereka menidakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi antarabangsa, malah bahasa Inggeris juga semakin digunakan di negara tersebut tetapi ini menunjukkan bahawa mereka tidak merasa kekok dalam memperakukan dan mempertontonkan kejatidirian bangsa mereka di mata antarabangsa.

11. Jelas, pemartabatan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa tidak seharusnya dipandang enteng atau dianggap sebagai tindakan yang menafikan kepentingan bahasa rasmi dunia, iaitu Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu adalah Bahasa Malaysia, bukannya bahasa etnik yang terperosok jauh di penjuru global.

Ikmal Hazlan bin Ikmal Hisham

Pengerusi Biro Antarabangsa

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

29 MAC 2022

Get real time updates directly on you device, subscribe now.