nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anggota kanan FPI dipenjara 3 tahun atas tuduhan terlibat keganasan

6 APRIL : Mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas seorang anggota kanan kumpulan radikal Islam yang dilarang kerana secara sengaja membantu pelaku keganasan.

Kes terhadap bekas setiausaha agung dan jurucakap Barisan Pembela Islam (FPI), Munarman, susulan kepada hukuman penjara yang dikenakan ke atas ke atas pemimpin FPI, Rizieq Shihab, tahun lalu kerana menyebarkan maklumat palsu mengenai COVID-19.

FPI diharamkan kerajaan Presiden Joko Widodo (Jokowi) pada 2020, melemahkan pertubuhan yang mendapat pengaruh politik di negara majoriti Islam itu.

FPI, selama bertahun-tahun, mendapat reputasinya kerana menyerbu bar dan rumah pelacuran serta menentang agama minoriti secara ganas.

Bagaimanapun, pertubuhan itu membina sokongan dalam kalangan segelintir rakyat berpendapatan rendah bagi kerja amalnya seperti mengagihkan bantuan semasa bencana alam.

Pengaruhnya dipamerkan pada 2016, apabila Rizieq menerajui bantahan besar-besaran terhadap gabenor Jakarta ketika itu, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, seorang Kristian yang kemudian dipenjarakan kerana menghina Islam.

Peguam Munarman, Aziz Yanuar, berkata mereka akan merayu keputusan itu dan memaklumkan, anak guamnya “tenang” selepas hukuman itu diputuskan.

Pendakwa raya menuduh Munarman, yang ditangkap tahun lalu, mengumpul sokongan untuk kumpulan Daesh dan menggesa hukuman penjara lapan tahun dikenakan ke atasnya. Munarman bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.