nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RM5.48 bilion kos ambil alih 4 syarikat tol

6 APR: Kerajaan tidak perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan dan jaminan pembiayaan bagi transaksi penstrukturan semula tol dicadangkan Gamuda Berhad yang membabitkan empat syarikat konsesi lebuh raya.

Selain itu, Kerajaan juga tidak perlu menanggung kos penyenggaraan dan operasi bagi empat konsesi, iaitu Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kadar tol bagi empat lebuh raya berkenaan tidak lagi mengalami kenaikan hasil kesinambungan inisiatif bersama Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Kewangan (MoF) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dijalankan sejak enam tahun lalu.

“Bagi merealisasikan cadangan penstrukturan semula itu, kos pengambilalihan empat syarikat berkenaan adalah RM5.48 bilion, iaitu RM720 juta lebih rendah berbanding tawaran pengambilalihan dikemukakan MoF kepada pihak syarikat yang terbabit pada 2019, iaitu sebanyak RM6.2 bilion,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

FADILLAH

Isnin lalu, Fadillah mengumumkan sebuah syarikat swasta akan mengambil alih konsesi KESAS, SMART, SPRINT dan LDP, iaitu Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) yang semua pemegang sahamnya bukan berasaskan keuntungan dan dipengerusikan Tan Sri Azlan Mohd Zainol.

Penstrukturan semula menerusi kaedah itu menyaksikan tiada lagi pemegang saham dalam apa juga bentuk seperti dividen.

Mengulas lanjut, Menteri Kerja Raya berkata, berbeza dengan tawaran yang dikemukakan oleh MoF pada 2019, kerajaan perlu memberikan jaminan bagi RM6.2 bilion untuk membiayai cadangan pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi berkenaan.

Beliau menegaskan, jaminan itu akan mendedahkan kerajaan kepada risiko kewangan di mana hasil kutipan daripada rakyat juga yang akan digunakan untuk menanggung risiko berkenaan, selain isu berkaitan diskaun atau bayaran pampasan.

“Kerajaan tidak wajar menggunakan peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk memberi kemudahan kepada rakyat, sebagai pampasan. Sama ada diskaun 18 peratus atau 30 peratus atau apa-apa peratusan yang dicadangkan, kesemuanya melibatkan bayaran pampasan dan bukannya secara percuma.

“Rancangan kerajaan hari ini juga berbeza dengan pelan Pakatan Harapan di mana tol atau caj kesesakan akan terus dikutip selepas konsesi tol dikutip seperti dalam kenyataan menteri kewangan kerajaan PH bertarikh 26 Jun 2019.

“Adalah lebih wajar, kerajaan seperti cadangan terkini ini memastikan tiada kenaikan kadar tol yang tidak memerlukan sebarang pampasan tunai dibayar. Perlu juga diambil perhatian bahawa kesemua perjanjian adalah janji kerajaan bersama pihak swasta yang sentiasa dipantau dengan rapat oleh pihak pelabur,” katanya.

Fadillah berkata, kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan janji kosong atau melaksanakan sesuatu yang akan menjejaskan keyakinan pelabur.

“Oleh yang demikian, setelah mengambil kira kesemua faktor-faktor ini, kerajaan telah bersetuju dengan cadangan terbaru ini di mana tiada lagi pemegang saham. Ia dilaksanakan secara sukarela oleh pemegang saham sedia ada.

“Tiada elemen ‘nationalization’ seperti cadangan sebelum ini dan kadar tol akan kekal seperti sedia ada. Oleh kerana tiada pemegang saham, tiada elemen komersial seperti bayaran dividen yang akan meningkatkan kos. Tempoh konsesi dari sekarang hanya untuk menanggung kos kewangan, operasi dan penyelenggaraan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.