nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kadar faedah pinjaman dijangka naik

13 APR: S&P Global Ratings (S&P) menjangkakan kadar faedah Malaysia dinaikkan sebanyak 50 mata asas atau kurang disebabkan oleh impak inflasi daripada konflik Russia-Ukraine dan tekanan aliran keluar modal.

Ketua Ahli Ekonomi S&P Asia Pasifik, Louis Kuijs, berkata kadar inflasi lebih tinggi dan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) memberikan impak besar terhadap ekonomi rantau ini.

Katanya, dengan persekitaran sedia ada, S&P menjangkakan bank-bank pusat terpaksa menaikkan kadar faedah di rantau yang mana inflasinya telah pun melepasi jangkaan, atau terdedah kepada aliran keluar modal.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pasaran di mana inflasi mahupun aliran keluar modal bukan menjadi isu, bank-bank pusat akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan.

“Ini akan menghasilkan penetapan dasar tiga kelajuan merentasi Asia Pasifik. Banyak ekonomi berkemungkinan akan menyaksikan kadar faedah lebih tinggi, sebahagian lagi menaikkan kadar dengan sederhana, manakala yang lain (China dan Jepun) berkemungkinan tidak melaksanakan pengetatan dasar sama sekali,” katanya.

Beliau berkata, pembuat dasar monetari Asia Pasifik akan berdepan cabaran dagangan yang sukar tahun ini apabila konflik Russia-Ukraine menambah kepada inflasi global.

Katanya, bank pusat AS, Rizab Persekutuan (Fed) pula semakin mengetatkan dasar dan telah memberikan isyarat untuk mengurangkan dengan ketara lembaran imbangannya.

Ini memberikan tekanan kepada bank-bank pusat rantau ini untuk menaikkan kadar faedah bagi mendepani jangkaan inflasi, mengekalkan kredibiliti, menyokong mata wang atau membendung ketidakstabilan kewangan.

“Namun, memandangkan kesan konflik dan perubahan pertimbangan Fed terhadap pertumbuhan ekonomi, kami menjangkakan sebahagian bank pusat akan melaksanakan pengetatan dasar sekecil mungkin, atau mungkin tiada sama sekali,” tambah Kuijs. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.