nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis pergiat buru 130 tahanan masih bebas

21 APR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggiatkan usaha memburu 130 tahanan yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, Alor Setar semalam.

Setakat ini, polis berjaya menahan semula seramai 398 tahanan.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, usaha mengesan tahanan yang masih bebas dipergiatkan dengan tambahan bantuan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Anjing Pengesan (K-9).

Beliau memberitahu, sekatan jalan raya (SJR) dan operasi mengesan tahanan turut diperluas melibatkan pegawai dan anggota polis Kedah, Pulau Pinang dan Perak serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Setakat ini, seramai 398 tahanan telah ditemukan semula itu meliputi 192 lelaki, 75 wanita, 63 kanak-kanak lelaki dan 60 kanak-kanak perempuan.

“Jumlah tahanan masih bebas pula membabitkan 99 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, lima kanak-kanak perempuan dan lima kanak-kanak lelaki,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, seramai 448 tahanan telah dipindahkan ke empat depot tahanan lain sehingga jam 12 tengah malam.

Katanya,seramai 144 tahanan dipindahkan ke Depot Semenyih, Selangor,diikuti Depot Machap Umboo Melaka (104 tahanan),Depot Langkap,Perak (100 tahanan) dan Depot Bukit Jalil (100 tahanan).

Dalam insiden kira-kira jam 4.30 pagi semalam, seramai 528 tahanan etnik Rohingya di Depot Imigresen Sementara Relau melarikan diri selepas memecahkan pintu blok dan jeriji penghadang.

Bagaimanapun, enam tahanan terbabit maut akibat dirempuh kenderaan ketika cuba melintas laluan di Kilometer 168 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala selatan, berhampiran Jawi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.