nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Masih banyak ruang perkukuh hubungan UMNO-PAS

23 APR :  Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa melihat kerjasama UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) bukan sahaja masih  wujud, bahkan banyak lagi yang boleh diusahakan demi pengukuhan kerjasama kedua-dua parti.

Annuar Musa, berkata secara peribadinya beliau melihat ruang kerjasama UMNO dan PAS dalam MN itu bukan sekadar ada, sebaliknya masih boleh diperkukuhkan terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, ahli UMNO dan PAS pada peringkat akar umbi juga sudah membuang sikap kebencian akibat masalah hubungan antara kedua-dua parti sejak dulu, malah kini boleh bekerjasama baik demi perpaduan ummah.

“Tiada lagi sikap tuduh menuduh, memfitnah atau menyerang antara satu sama lain membabitkan kedua-dua parti, sebaliknya sudah boleh bekerjasama baik terutama bagi menghadapi PRU-15.

“Banyak ruang boleh dijana dan dirangka antara UMNO dan PAS, asalkan kita berusaha dengan niat baik, akan ada natijah yang baik selepas itu,” katanya.

Annuar berkata demikian selepas melakukan kunjungan hormat bertemu Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin di Kompleks PAS Negeri Perlis, Kangar, hari ini.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli. Annuar meluangkan masa hampir satu jam bertukar fikiran sambil membincangkan perkembangan politik semasa bersama Hashim di kompleks berkenaan, selain melihat proses menyiapkan bubur lambuk yang dilaksanakan sukarelawan PAS negeri di kompleks berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua parti akan rugi jika kerjasama MN ini tidak dapat diteruskan sehingga PRU-15 akan datang. “Penubuhan MN dulu dibuat untuk membolehkan kita menguasai PRU-15, jadi jangan biarkan kerjasama ini berakhir, sebaliknya kukuhkan jalinan ini kekal sehingga PRU nanti,” katanya.

Mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mahu kepimpinan Pakatan Harapan (PH) berbincang dengan semua parti politik blok pembangkang menerusi kewujudan khemah besar blok pembangkang PH dan Perikatan Nasional (PN) untuk berdepan UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara satu lawan satu pada PRU-15, Annuar berkata, gesaan itu perkara biasa kerana setiap parti masih merangka pelbagai strategi bagi menghadapi PRU.

Malah katanya, UMNO dan PAS juga masih berfikir berhubung oerkara itu, tetapi akhirnya parti masing-masing akan buat keputusan dan pemimpin serta ahli perlu akur serta patuh pada apa keputusan parti.

“Namun, sebelum keputusan dibuat, kita perlu sampaikan suara kita kepada pimpinan atasan, tetapi saya berpegang kepada semangat MN dan tidak mahu kerjasama ini berakhir begitu saja,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.